Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam (e) Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Suruhanjaya telah menganjurkan beberapa siri bengkel (Jadual 1) mengenai Hak Asasi Manusia kepada Guru Pendidikan Khas yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas (Penglihatan dan Pendengaran) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI Bermasalah Pembelajaran) mengikut zon di Semenanjung Malaysia. Bengkel tersebut menyediakan maklumat mengenai hak kanak-kanak dan mengenalpasti keperluan pendidikan yang berkaitan kepada mereka. Jadual 1: Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Guru SPK/PPKI, 2013 NO. ZON NEGERI TARIKH 1. Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak 26-28 Jun 2. Timur Kelantan, Terengganu, Pahang 29-31 Oktober Para peserta telah mengutarakan isu-isu yang melibatkan pendidikan kanak-kanak: (i) Standard soalan Standard yang digunapakai ke atas kanak-kanak berkeperluan khas adalah sama dengan pelajar arus perdana. ‘Pengubahsuaian’ ke atas kertas soalan untuk pelajar berkeperluan khas pendengaran atau dalam buku teks tidak bermaksud merendahkan tahap kesukaran, tetapi hanya memasukkan ‘kod tangan’ sahaja. Tambahan pula, penambahan kod tangan dalam buku teks hanya melibatkan beberapa subjek sahaja seperti Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains. (ii) Hala tuju pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dalam bidang sukan Tiada sekolah sukan khas disediakan kepada pelajar-pelajar ini. Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar tidak mempunyai kemudahan yang bersesuaian dengan pelajar berkeperluan khas. (iii) Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBS) SPBS tidak bersesuaian dengan pelajar berkeperluan khas. Guru mengalami kesukaran untuk menilai prestasi mereka disebabkan keperluan khas pelajar itu sendiri. (iv) Salah tanggapan guru arus perdana Mereka sering menyalahkan pelajar berkeperluan khas dengan dakwaan bahawa pelajar ini menurunkan indeks prestasi sekolah. (v) Kekurangan penyeliaan Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri masih belum melawat kesemua SPK dan PPKI. Kekurangan penyeliaan boleh mewujudkan jurang di antara dasar dan realiti sebenar 25

اختر الفقرة المستهدفة3