Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak, sepertimana yang termaktub di dalam CRC dan Perlembagaan Persekutuan. (i) Infrastruktur dan fasiliti sekolah Beberapa buah sekolah yang dilawati seperti SMK Agama Darul Naim, SMA Al Ittifaqiayah di Pahang serta Madrasah Tarbiah Islamiah dan SMA Darul Ta’alim di Perak menggunakan meja dan kerusi lama, papan putih, almari dan komputer yang diperolehi daripada sekolah bantuan kerajaan. Ada antara meja dan kerusi yang tidak sama tinggi. Bilik darjah, perabot, alat bantuan mengajar, perpustakaan, makmal sains, peralatan kemahiran hidup, komputer dan perkhidmatan kantin yang sesuai dan cukup masih kekal sebagai perkara yang perlu diberi perhatian serius. Disebabkan kekurangan dana, kebanyakan sekolah tidak menyediakan ruang yang bersesuaian bagi guru untuk bekerja dan berinteraksi. Pejabat di sekolah tidak dilengkapi dengan peralatan standard seperti komputer, telefon, mesin faks, mesin fotostat atau perabot yang sesuai. Skim gaji untuk guru-guru dan kakitangan sekolah tidak seragam dengan gaji yang berbeza-beza dari RM200 - RM1,200 sebulan. Sesetengah guru dibayar sebanyak RM200 - RM450, menjadikan mereka berada dalam kategori miskin tegar. (ii) Fasiliti Asrama Kesemua premis yang dilawati didapati mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti air bersih dan bekalan elektrik. Walau bagaimanapun, ada antara bangunan asrama tersebut terlalu sesak, tidak selesa dan tidak selamat kepada kanak-kanak. Kekurangan kemudahan di asrama, dan sekiranya ada, ianya tidak diselenggara dengan baik. Kebersihan premis merupakan antara isu lain yang memerlukan perhatian pihak bertanggungjawab. Oleh itu, kanak-kanak terlibat telah dinafikan hak terhadap tempat tinggal yang selamat, selesa, bersih dan ceria serta mempunyai ruang privasi yang mencukupi. (iii) Kelayakan Guru Majoriti sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM tidak mempunyai perkhidmatan guru terlatih. Kebanyakan guru tidak mempunyai latihan formal dan bergantung kepada pengalaman mereka dan pemerhatian ke atas rakan-rakan guru semasa mengajar. Mereka kekurangan pengetahuan yang diperlukan dalam bidang pedagogi, psikologi kanak-kanak, perkembangan kanak-kanak serta kemahiran lain untuk menjadi guru yang efektif. Ini telah menafikan kanak-kanak tersebut kepada pendidikan yang berkualiti. Hampir tiada pemantauan yang sistematik oleh agensi yang berkaitan. Bagi meningkatkan profesionalisme guru, pihak sekolah menjalankan latihan dalaman dengan menjemput guru terlatih, guru kanan dan pensyarah. Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru KPM dan Jabatan Agama Islam Negeri telah menganjurkan kursus jangka pendek tetapi bukan semua guru dapat hadir ke kursus ini. 23

اختر الفقرة المستهدفة3