Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Suruhanjaya juga telah melawat asrama. Berdasarkan pemerhatiannya, kebanyakan asrama luar bandar tidak dibekalkan sepenuhnya sama ada bahan atau kakitangan untuk menjaga kanak-kanak. Kebanyakannya tidak mempunyai bekalan air bersih, mendedahkan kepada risiko penyakit bawaan air seperti leptospirosis. Bagi tiga tahun berturut-turut, Laporan Tahunan Suruhanjaya telah mengutarakan keperluan untuk membekalkan air bersih ke beberapa buah sekolah seperti Pos Betau, sekolah pedalaman di daerah Batang Padang, SK Denai dan asrama di SK Bidor. Namun, masalah ini masih timbul. Kekurangan bekalan elektrik selama 24 jam merupakan isu lain yang mana pihak KPM telah mengambil maklum. Perkara ini mengganggu keperluan pelajar menggunakan ICT untuk meningkatkan pembelajaran. (iii) Rancangan Makanan Tambahan JAKOA telah menyediakan makan tengahari bagi kanak-kanak yang tidak tinggal di asrama tetapi kualiti makanan tersebut adalah tidak memuaskan. Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa kebiasaannya, kanak-kanak tersebut diberikan makanan dalam tin seperti sardin atau ayam, berserta nasi atau mi. Kadangkala, mereka dibekalkan dengan buah-buahan sebagai makanan tambahan. (iv) Inisiatif KPM untuk meningkatkan standard Satu program latihan khas telah dilancarkan pada tahun 2011 di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, untuk melatih calon di kalangan masyarakat Orang Asli untuk menjadi guru. Setelah mereka disahkan sebagai guru, mereka akan ditempatkan di sekolah Orang Asli. Di samping itu, Institut Aminudin Baki di Genting Highland sentiasa menganjurkan seminar dan persidangan kepada Pengetua sekolah Orang Asli untuk membina kemahiran dalam pengurusan sekolah dan kurikulum. Program ini merupakan contoh terbaik inisiatif KPM untuk meningkatkan taraf dan kualiti pendidikan. (d) Sekolah Agama Rakyat (SAR) Bagi memberi kesedaran kepada komuniti SAR terhadap hak asasi manusia, Suruhanjaya telah menganjurkan tiga seminar kepada guru SAR. Dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Negeri, seminar ini dihadiri seramai 168 orang guru agama dan pentadbir dari sekolah bantuan kerajaan di Pahang dan Kedah. Mereka telah diberikan pendedahan kepada prinsip Triti Hak Asasi Manusia PBB dengan penekanan terhadap hak kanak-kanak. Semasa lawatan berkala ke SAR, Suruhanjaya telah mengenalpasti beberapa aspek berkenaan pentadbiran dan pengajaran yang memerlukan perhatian yang serius. Isu tersebut telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Suruhanjaya 2012 tetapi agensi berkaitan masih belum bertindak ke atas hampir kesemua isu yang dibangkitkan. Sehubungan itu, isu berkenaan diulangi di sini dengan harapan agar langkah pembetulan akan membawa kepada 22 Isu berkaitan Sekolah Orang Asli dan Sekolah Agama Rakyat telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Suruhanjaya yang lalu namun agensi berkaitan masih belum bertindak ke atas hampir kesemua isu ini.

اختر الفقرة المستهدفة3