Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
Untuk memantau pelaksanaan program ini, Suruhanjaya telah melawat 15 daripada 17 buah
sekolah asal yang mengambil bahagian bagi meninjau perkembangan serta memberi bimbingan
dan nasihat mengikut keperluan.
(i)
Terdapat kemajuan yang menggalakkan dalam pelaksanaan program. Guru dan pelajar
lebih banyak terlibat dan menyedari tentang hak asasi manusia serta hak kanak-kanak
dalam amalan mereka. Kebanyakan sekolah menekankan program ini pada hari-hari
istimewa seperti Hari Kemerdekaan, Maulidul Rasul, Hari Ko-kurikulum dan Hari Sukan.
Suruhanjaya mendapati bahawa pemahaman dan kerjasama di kalangan pengetua dan
guru bertambah baik pada masa kini.
(ii)
Kebanyakan sekolah telah merekodkan aktiviti ATHAM mereka bagi tujuan bukti dan
rujukan. Amalan baik ini membantu untuk menyebarkan pengetahuan, seterusnya
memberikan kesedaran kepada guru dan pelajar yang belum terlibat dalam program ini.
(iii) Terdapat kekurangan bahan mengenai hak asasi manusia dan ATHAM di sekolah.
Kebanyakan sekolah masih bergantung kepada Suruhanjaya untuk membekalkan bahan.
Suruhanjaya telah membantu dalam usaha ini dengan menganjurkan pertandingan
‘Booklet Hak Asasi Manusia’ antara sekolah ini, mengedarkan risalah mengenai program
ATHAM ke sekolah yang dilawati, dan berusaha untuk mendapatkan bahan tambahan,
terutamanya untuk sekolah Tamil dan Cina.
(b) Institusi Pengajian Tinggi
Pada 2 April, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menjemput
Suruhanjaya untuk menyampaikan ceramah mengenai Hak Asasi Manusia kepada pelajar
Fakulti Seni Halus. Suruhanjaya telah berusaha untuk mengatasi cabaran dalam menyampaikan
maklumat mengenai hak asasi manusia menerusi langkah yang kreatif. Usaha yang dilakukan
menerima sambutan yang baik dan Suruhanjaya memperolehi pengalaman yang berharga
dalam mengambil pendekatan yang berbeza terhadap subjek berkenaan.
Untuk menggalakkan universiti bersifat proaktif dalam bidang hak asasi manusia, Suruhanjaya
telah mencadangkan kepada beberapa institusi untuk menubuhkan Pusat Hak Asasi Manusia.
Universiti Malaya telah menerima cadangan tersebut dan mula menubuhkan sebuah pusat di
bawah Kluster Sains Sosial dan Perlakuan. Suruhanjaya berharap untuk bekerjasama dengan
mereka pada masa akan datang.
(c) Sekolah Orang Asli
(i)
Pengaruh ibu bapa dan masyarakat
Penglibatan ibu bapa dalam perkembangan kanak-kanak, seperti yang ditetapkan dalam
Artikel 5 dan Artikel 18 CRC, telah diiktiraf dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Pasca Menengah).1 KPM telah menyatakan
bahawa ianya akan melibatkan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta sebagai rakan
kongsi.
1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Pasca Menengah), ms 20-28
20