Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam 1. PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA (a) Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM) Sebanyak 17 buah sekolah yang telah dikenal pasti oleh KPM kini terlibat dalam program teras jangka panjang ini. Objektif program ini adalah untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia di kalangan pelajar supaya nilai ini dapat diamalkan secara bertanggungjawab ke arah mencapai keharmonian sosial. Pada 3-5 April, Suruhanjaya bekerjasama dengan KPM mengadakan bengkel untuk guru daripada 26 buah sekolah Orang Asli. Mereka diminta untuk menyediakan pelan tindakan yang akan dilaksanakan di dalam program ATHAM di sekolah masing-masing, dengan menumpukan kepada pembentukan personaliti dan sahsiah pelajar, untuk membantu mereka terus belajar di sekolah. Ia merupakan perkara pokok memandangkan kehadiran penuh di sekolah menjadi masalah utama di kalangan kanak-kanak orang asli. Suruhanjaya mengambil maklum komitmen dan minat guru yang sepenuhnya dalam program ini. KPM telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa CRC – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah. Melalui jawatankuasa ini, KPM telah bersetuju untuk menambah 121 buah sekolah dalam program ini, menjadikan jumlah keseluruhan 138 buah sekolah menjelang penghujung tahun ini. Pada bulan Mei, KPM telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa CRC – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah KPM - sebagai satu cabang Jawatankuasa ATHAM. Suruhanjaya merupakan ahli tetap dalam jawatankuasa ini. Melalui jawatankuasa ini, KPM telah bersetuju untuk menambah 121 buah sekolah dalam program ini, menjadikan jumlah keseluruhan 138 buah sekolah menjelang penghujung tahun ini. Pada 3 dan 4 Disember, Suruhanjaya telah mengadakan seminar untuk 83 buah sekolah di Semenanjung Malaysia yang telah terpilih untuk melaksanakan program ATHAM. Tujuh puluh orang wakil sekolah hadir ke seminar manakala yang selainnya tidak dapat hadir disebabkan banjir. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pengetua dan Guru Besar telah diberi taklimat mengenai konsep program ini. Mereka telah memberi maklum balas dan sokongan yang menggalakkan. Seminar bagi 55 buah sekolah di Sabah dan Sarawak akan diadakan pada tahun akan datang. Penerangan mengenai ATHAM kepada Pegawai-pegawai dan Pengetua Jabatan Pelajaran Negeri 19

اختر الفقرة المستهدفة3