Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
I. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN PROMOSI
Moyang saya mengajar suaminya membaca dalam
keadaan yang membahayakan nyawa. Mereka boleh
dibunuh disebabkan itu. Mengapa? Kerana sekiranya
seseorang itu tahu membaca, sudah tentu, kamu
akan mendapati bahawa kesalahan yang dilakukan
ke atas kamu adalah salah, bahawa perhambaan
adalah salah. Kamu akan memperolehi beberapa
pendapat. Akan ada pertukaran idea, dan untuk
mengekalkan perhambaan, kamu tidak boleh ada
sebarang pertukaran idea. Untuk mengekalkan
sebarang bentuk sistem yang terbatas, kamu tidak
boleh ada sebarang pertukaran idea.
James Earl Jones
Bagi meningkatkan penerimaan dan amalan hak asasi manusia oleh masyarakat, Bahagian
Pendidikan dan Promosi menyediakan pendidikan, latihan dan maklumat. Berdasarkan jalinan
perhubungan dan usaha sebelum ini, Bahagian ini telah mengukuhkan keupayaannya untuk
menyebarluaskan pengetahuan di kalangan pegawai Kerajaan secara khususnya dan kepada
masyarakat secara amnya.
Bahagian ini telah menambah program berasaskan sekolah sepanjang tahun ini. Pada kali
ini, ia melibatkan guru daripada Sekolah Khas dan Sekolah Agama Rakyat. Ini selaras dengan
matlamat Suruhanjaya untuk mendedahkan semua rakyat Malaysia kepada prinsip hak asasi
manusia dari usia yang muda.
Suruhanjaya meneruskan usahanya melalui program seperti pameran, road show, bengkel
dan seminar bagi mempromosi hak asasi manusia, serta mengekalkan interaksi berterusan
dengan agensi Kerajaan, universiti, NGO, Institusi Hak Asasi Manusia Nasional dan agensi PBB.
18