Isu-Isu Utama 11. PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) Malaysia menerima 232 syor mengenai isu hak asasi manusia semasa kitaran kedua UPR. Kajian ini telah dijalankan oleh Kumpulan Kerja UPR Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober. Syornya adalah seperti berikut: • • • • • • • • • • • • Penyertaan kepada enam triti teras antarabangsa hak asasi manusia dan menarik balik reservasi terhadap triti yang telah diratifikasi Kebebasan bersuara Kebebasan berhimpun dan berpersatuan Kebebasan beragama Keadaan Orang Asal, migran dan individu yang tiada status kewarganegaraan Akses kepada perumahan, penjagaan kesihatan dan pendidikan Memperkasakan wanita, kanak-kanak dan OKU Pelaksanaan hukuman mati Salah laku anggota penguatkuasa undang-undang Kajian semula/pembaharuan undang-undang yang tidak selari dengan prinsip hak asasi manusia Pengukuhan dan kerjasama dengan Suruhanjaya Antipemerdagangan orang Malaysia mempunyai hak perogatif sama ada untuk menyokong syor tersebut atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya berharap agar Kerajaan akan menyokong sebanyak mungkin syor yang boleh dilaksanakan ke arah mewujudkan standard yang lebih baik dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. 12. PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA NASIONAL (NHRAP) Inisiatif Kerajaan dalam membangunkan NHRAP adalah dihargai. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya melahirkan kebimbangan dengan perkembangan pembangunan pelan tersebut yang perlahan. Suruhanjaya berharap agar Kerajaan akan memberi keutamaan untuk melengkapkan NHRAP, di samping memastikan skop pelan boleh dilaksana dan dihasilkan berdasarkan rundingan bermakna dengan semua pihak berkepentingan, termasuk kumpulan masyarakat sivil. 13. MAKLUM BALAS KERAJAAN TERHADAP LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA 2012 Ketika laporan ini ditulis, Suruhanjaya masih belum menerima maklum balas Kerajaan terhadap Laporan Tahunan 2012, dan seperti tahun sebelumnya, ia tidak dapat menilai sama ada Kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah memberi pertimbangan terhadap hasil dapatan dan syor-syor Suruhanjaya bagi memperbaiki keadaan hak asasi manusia sepertimana yang terkandung dalam Laporan itu. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya telah memasukkan penilaiannya, setakat mana yang berkenaan, berhubung maklum balas Kerajaan terhadap beberapa isu yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan 2011. 16

اختر الفقرة المستهدفة3