Isu-Isu Utama
peranan pihak berkuasa dan menghasilkan garis
panduan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.
Melihat kepada perhimpunan awam yang diadakan
sepanjang tahun ini, Suruhanjaya memerhatikan
beberapa perubahan dalam operasi pihak berkuasa,
terutamanya semasa perhimpunan ‘KL 112’ pada
12 Januari di Kuala Lumpur. Ini adalah satu contoh
perhimpunan aman yang baik, hasil kerjasama di
antara pihak berkuasa, penganjur dan peserta.
Keadaan yang sama turut diperhatikan semasa
perhimpunan anti-kenaikan harga yang diketuai oleh
Gerakan Turun Kos Sara Hidup pada 31 Disember
di Kuala Lumpur, meskipun pihak berkuasa berada
dalam keadaan berwaspada berikutan dakwaan
beberapa pihak bahawa perhimpunan tersebut
bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan.
Menyedari peranan penting dan keselamatan pengamal
media dalam menjalankan tugas, Suruhanjaya
berpendapat pihak polis perlu memberi taklimat dan
latihan kepada anggotanya dalam mengurus dan
memudahcarakan kerja media sewaktu perhimpunan
berlangsung.
Suruhanjaya turut
berpendapat bahawa
pihak polis perlu
mengekalkan tatacara
komunikasi sewaktu
perhimpunan berlangsung
bagi mengelakkan
kekeliruan terhadap
arahan yang diberikan
oleh pegawai kepada
anggota yang bertugas.
Pihak polis juga perlu
menegakkan hak
orang yang ditahan,
khususnya hak mereka
untuk mendapatkan
wakil perundangan dan
dimaklumkan sebab
penahanan.
Suruhanjaya turut berpendapat bahawa pihak polis
perlu mengekalkan tatacara komunikasi sewaktu
perhimpunan berlangsung bagi mengelakkan
kekeliruan terhadap arahan yang diberikan oleh pegawai kepada anggota yang bertugas.
Pihak polis juga perlu menegakkan hak orang yang ditahan, khususnya hak mereka untuk
mendapatkan wakil perundangan dan dimaklumkan sebab penahanan.
Artikel 12 (1)
Pengisytiharan Pembela
Hak Asasi Manusia
menyatakan: ‘Setiap
orang secara individu
atau berkumpulan,
berhak untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti
aman yang menentang
pelanggaran hak asasi
manusia dan kebebasan.’
7. PEMBELA HAK ASASI MANUSIA
Suruhanjaya mengambil berat tentang cabaran
yang dihadapi oleh pembela hak asasi manusia
dalam menjalankan tugas dan mengamalkan
hak asasi dan kebebasan mereka. Gangguan dan
tangkapan terhadap pembela hak asasi manusia
masih berlaku seperti dalam kes Lena Hendry dari
Pusat Komunikasi Masyarakat dan beberapa aktivis
dari Jaringan Rakyat Tertindas. Terdapat beberapa
ahli parti politik dan wakil rakyat turut menghadapi
kekangan yang sama semasa menjalankan tugas
mereka untuk melindungi hak asasi manusia orang
ramai.
13