Isu-Isu Utama
•
Bilangan sekolah yang menawarkan program pendidikan khas perlu ditambah
terutamanya di kawasan pedalaman memandangkan Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti tidak mempunyai fungsi yang sama seperti sekolah sedemikian.
•
Pertimbangan sewajarnya harus diberikan berhubung penempatan guru terlatih
dalam Program Pendidikan Khas; guru dan pembantu mereka perlu diberikan latihan
berterusan bagi meningkatkan kemahiran mereka.
5. HAK WARGA EMAS
Suruhanjaya telah mengenal pasti kajian terhadap warga emas sebagai bidang yang perlu
diberi keutamaan pada tahun ini. Sebagai langkah permulaan yang praktikal, Suruhanjaya telah
meneliti isu berkenaan perkhidmatan jagaan dan sokongan kepada penjaga. Rundingan dengan
pihak berkepentingan menekankan bahawa:
•
Ketidaksesuaian pembinaan beberapa fasiliti yang menimbulkan halangan fizikal dan
cabaran kepada warga emas.
•
Terdapat warga emas yang dinafikan akses kepada perkhidmatan kewangan
terutamanya kemudahan pinjaman, kerana mereka dianggap tidak berkemampuan
melangsaikan pinjaman atas sebab usia.
•
Ramai di kalangan warga emas menghadapi masalah kewangan selepas bersara
terutamanya mereka yang berkerja sendiri.
•
Masalah kesihatan warga emas seharusnya melayakkan mereka mendapat
perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpatutan dan mudah diakses.
•
Kementerian Kesihatan menghadapi kekurangan sumber dan ini telah menjejaskan
perkhidmatan yang disediakan.
Adalah dicadangkan agar Kerajaan meneroka jalinan kerjasama dengan pihak swasta dalam
memperluaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpatutan, di samping melatih
kakitangan perubatan dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada warga
emas. Dasar Warga Emas Negara, Pelan Tindakan untuk Warga Emas dan undang-undang
berkaitan harus diperketatkan bagi memastikan perlindungan penuh terhadap hak kumpulan
sasaran ini.
6. KEBEBASAN BERHIMPUN
Di dalam Laporan Siasatan Awam Ke Atas Insiden Semasa dan Selepas Perhimpunan Awam
pada 28 April 2012, Suruhanjaya telah mengutarakan peranan penting pihak berkuasa dalam
memudahcarakan perhimpunan aman dan mencadangkan Prosedur Operasi Standard polis
dikaji semula agar selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan standard hak asasi manusia
antarabangsa. Suruhanjaya turut menggesa penganjur dan peserta perhimpunan menghormati
12