Isu-Isu Utama ISU-ISU UTAMA Pada asasnya, kita tidak boleh mencapai keamanan atau suasana yang mana keamanan boleh berkembang, melainkan kita mengiktiraf hak setiap individu… peranan dan maruah mereka… serta bersetuju itu adalah perkara asas yang perlu diterima di seluruh dunia. Eleanor Roosevelt 1. KAJIAN SEMULA UNDANG-UNDANG Kerajaan telah menjalankan kajian semula ke atas beberapa undang-undang termasuklah Akta Pencegahan Jenayah 1959, Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (LangkahLangkah Khas) 2012, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya tidak dirujuk ketika proses kajian semula tersebut. (a) Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan & Pemerluasan) 2013 Walaupun Suruhanjaya menghargai usaha Kerajaan dalam menangani jenayah secara serius, ia masih bimbang dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan & Pemerluasan) 2013 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan September. Suruhanjaya memerhatikan bahawa terdapat sesetengah peruntukan dalam Akta tersebut tidak selaras dengan prinsip asas hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) iaitu: 8 • Seksyen 9(5) dan 9A(2) menafikan hak seseorang untuk mendapatkan khidmat guaman; • Seksyen 7C melanggar hak seseorang untuk perbicaraan yang adil dan perlindungan terhadap perbicaraan berulang serta hak untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah; dan

اختر الفقرة المستهدفة3