Ringkasan Eksekutif Bahagian Koordinasi Antarabangsa telah membantu tugas Suruhanjaya di peringkat antarabangsa. Sebagai Pengerusi baru Forum Komanwel Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (CFNHRI), Suruhanjaya telah mengetuai penyerahan satu Communiqué kepada Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel. Pada mesyuarat dwitahunan CFNHRI, Suruhanjaya berkongsi maklumat mengenai kajiannya terhadap hak warga emas. Dua kenyataan video telah dikemukakan semasa Sesi Tetap ke 24 Majlis Hak Asasi Manusia. Suruhanjaya juga telah mengambil bahagian dalam proses Penilaian Penggalan Sejagat PBB dengan mengemukakan laporannya sebagai pihak berkepentingan untuk semakan UPR Malaysia kali kedua. Laporan tersebut disediakan berikutan rundingan bersama Kerajaan, NGO, media dan korp diplomatik. Suruhanjaya menghadiri proses semakan semula tersebut sebagai pemerhati, yang mana 232 cadangan telah dikemukakan kepada Malaysia. Pihak Kerajaan komited ke arah penerimaan awal hasil laporan UPR. Pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan cadangan kertas kerja mengenai teras pelan tindakan dan bagaimana ia akan digubal. Suruhanjaya mencadangkan penyertaan wakil organisasi masyarakat sivil dalam Jawatankuasa Pemandu, di samping menekankan perlunya satu pelan tindakan yang praktikal. LAPORAN PEJABAT SABAH Pejabat Suruhanjaya Sabah telah menerima sebanyak 235 aduan yang mana 94 aduan melibatkan hal tanah. Ia turut menyediakan sokongan logistik bagi aktiviti Suruhanjaya berkenaan Inkuiri Nasional (NI), Forum Mengenai Hak Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran dan Seminar Mengenai Warga Emas. LAPORAN PEJABAT SARAWAK Isu berkaitan tanah terus menjadi aduan utama yang diterima oleh Pejabat Suruhanjaya Sarawak. Daripada 23 aduan yang direkodkan, 19 aduan melibatkan hak tanah adat Anak Negeri. Selaras dengan kajian tematik Suruhanjaya, Pejabat Sarawak terlibat dalam menganjurkan Forum Mengenai Hak Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran dan Seminar Mengenai Warga Emas. 7

اختر الفقرة المستهدفة3