Perutusan Pengerusi kepada tekanan untuk mematuhi apa yang mereka anggap sebagai standard hak asasi manusia yang ‘asing’. Walaupun setiap orang berhak untuk memberi pendapat, Suruhanjaya kesal dengan kegagalan kumpulan tersebut dalam memahami hakikat bahawa Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) merupakan satu pengisytiharan yang merangkumi kesemua aspek hak asasi manusia yang mana Malaysia, selaku Ahli Anggota PBB, harus menegakkannya. Sebaliknya, mereka tetap berpegang teguh kepada tanggapan salah bahawa UDHR hanya berkaitan dengan isu seperti kebebasan beragama dan hak komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender. Kekurangan pemahaman dalam perkara ini dan kelewatan Negara dalam menyertai konvensyen-konvensyen teras tersebut akan menghalang Negara daripada mengambil langkah progresif ke arah pencapaian matlamatnya menjadi sebuah Negara maju dalam semua aspek menjelang 2020. Dalam menangani isu ini, Suruhanjaya berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman awam terhadap hak asasi manusia menerusi program pendidikan, promosi dan juga dialog yang konstruktif. Suruhanjaya berpendapat adalah penting untuk semua orang memahami kepentingan hak asasi manusia kepada demokrasi. Untuk tujuan ini, Suruhanjaya mempergiatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mempromosi amalan hak asasi manusia di kalangan komuniti sekolah melalui program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah. Suruhanjaya akan menarik perhatian KPM akan pentingnya menyemai nilai hak asasi manusia di kalangan rakyat Malaysia di peringkat seawal sekolah rendah seperti yang dilakukan oleh beberapa negara yang lain. Berikutan peningkatan kesedaran isu hak asasi manusia di kalangan rakyat Malaysia, Suruhanjaya melihat perkembangannya dalam memainkan peranan yang lebih besar dan efektif sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (NHRI). Oleh itu, Suruhanjaya memperjuangkan beberapa pindaan tambahan terhadap undang-undang penubuhannya yang bertujuan untuk mengukuhkan keberkesanan dalam melaksanakan fungsinya sebagai NHRI yang mematuhi Prinsip-prinsip Paris. Suruhanjaya berharap agar Kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan pindaan Akta ini dan pada masa yang sama, memenuhi komitmennya di bawah Pengisytiharan Vienna dan Program Tindakan 1993. Kesemua ini mengesahkan peranan penting NHRI dan keperluan untuk Negara Anggota mewujud dan mengukuhkan NHRI yang mematuhi Prinsip-prinsip Paris. Suruhanjaya mengulangi seruannya agar tindakan diambil bagi memastikan Laporan Tahunan Suruhanjaya dibahaskan di Parlimen. Sebagai sebuah NHRI yang diwujudkan di bawah Akta Parlimen, Suruhanjaya berpendapat adalah penting bagi penggubal undang-undang memandang serius isu dan syor yang dikemukakan dalam Laporan Tahunannya. Suruhanjaya mengulangi advokasinya terhadap penubuhan satu Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia, berikutan pengumuman Kerajaan pada Oktober 2012 tentang usulnya berbuat demikian. Ini merupakan satu langkah sementara ke arah merealisasikan matlamat utama bagi mewujudkan satu perbahasan di Parlimen yang sepenuhnya terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya dan kesemua isu hak asasi manusia yang memperkukuhkan proses demokrasi. 3

اختر الفقرة المستهدفة3