Modul Hak Asasi Pasca UPSR Langkah-langkah pelaksanaan 1. Guru membacakan enam butiran identiti yang mengandungi maklumat seperti nama, hobi dan perwatakan seperti yang telah disediakan bersama lampiran. Guru juga boleh membuat sendiri kad tersebut dengan menggantikan nama dan perwatakan dengan murid sebenar yang berada di dalam kelas masing-masing. 2. Selepas selesai membacakan setiap kad maklumat, seorang murid boleh dipanggil ke hadapan kelas untuk memilih kad maklumat kesukaannya. 3. Murid tersebut diminta untuk membaca hobi dan perwatakan yang tertulis pada kad tersebut tanpa menyebut nama. 4. Seterusnya murid lain dikehendaki mengenal pasti nama pada kad maklumat tersebut berdasarkan ciri-ciri yang telah dibacakan. 5. Langkah yang sama diteruskan sehinggalah keenam-enam kad telah diteka dengan betul. Perbincangan/Pembentangan 6. Selepas tamat aktiviti, berikan ruang kepada murid untuk membuat sedikit refleksi minda mengenai kad-kad maklumat yang telah mereka teka tadi. Penutup 7. Guru mengakhiri pelajaran hari ini dengan menekankan hak kanak-kanak serta kemanusiaan yang diperolehi dari pelajaran hari ini. 8. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai yang diperolehi hasil dari pelajaran hari ini. 9. Guru boleh berkongsi maklumat tambahan dan fakta yang tepat mengenai hak asasi manusia. Nota rujukan untuk guru : i. Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan yang dimiliki oleh semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang diterimapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. ii. UDHR mengisytiharkan bahawa setiap manusia dilahirkan sama rata dari segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina dan pangkat. iii. Hak kanak-kanak telah dinyatakan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak (CRC). iv. Terdapat 54 artikel dalam CRC. 31

اختر الفقرة المستهدفة3