Modul Hak Asasi Pasca UPSR Langkah-langkah pelaksanaan 1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan berbeza; A, B dan C. Setiap kumpulan diberikan watak berbeza : Kumpulan Watak Peranan Kumpulan A Pembuli Pembuli (Kumpulan A) akan bertindak mengejar Mangsa (Kumpulan B) dan cuba menyentuh Mangsa dengan menggunakan sentuhan tangan. Kumpulan B Mangsa Mangsa perlu berusaha untuk mengelakkan diri daripada disentuh oleh Pembuli. Kumpulan C Pengawas Tugas Pengawas berubah-ubah mengikut situasi seperti yang dinyatakan dalam langkah seterusnya. 2. Permainan ini perlu dilengkapkan dalam 4 pusingan. Setiap pusingan akan dimainkan mengikut arahan seperti di bawah. Masa satu minit ditetapkan untuk ke pusingan seterusnya. Pusingan pertama : Pengawas membantu Pembuli dengan menghalang laluan Mangsa supaya Mangsa tidak boleh melarikan diri dari Pembuli. Pengawas tidak boleh menyentuh atau menolak Mangsa. Pusingan kedua : Pengawas tidak melakukan apa-apa terhadap situasi dan membiarkan sahaja Pembuli mendapatkan Mangsa. Pusingan ketiga : Pengawas melindungi Mangsa dengan menempatkan dirinya di antara Pembuli dan Mangsa. Pengawas tidak boleh menyentuh atau menolak Pembuli (tidak boleh melibatkan kekasaran). Pusingan keempat : Pengawas dikehendaki membuat satu garisan lurus dalam jarak sekitar 15 – 20 meter daripada murid lain. Dalam kiraan 15 saat, Mangsa perlu mendapatkan Pengawas dan menyentuh tangan mereka sebelum ditangkap oleh Pembuli. Pengawas tidak boleh bergerak tetapi hanya menghulurkan tangan dan menggalakkan Mangsa untuk mendapatkan mereka secepat mungkin. Sebaik sahaja Mangsa tiba kepada Pengawas, Mangsa perlu ke belakang garisan yang dibina oleh Pengawas di mana mereka berada dalam keadaan selamat daripada ditangkap oleh Pembuli. 24

اختر الفقرة المستهدفة3