Modul Hak Asasi Pasca UPSR
Nota rujukan untuk guru :
i.
Guru perlu mengingatkan murid untuk menjaga keselamatan semasa menjalankan
aktiviti.
Guru boleh menggunakan soalan-soalan di bawah sebagai panduan.
ii.
•
Apakah perasaan kamu tentang aktiviti yang dijalankan?
•
Adakah kamu mengalami kesukaran melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dengan
kekurangan diri kamu dari segi fizikal?
•
Apakah bentuk cabaran yang kamu hadapi disebabkan oleh kekangan fizikal
kamu dan bagaimanakah kamu mengatasinya?
•
Adakah rakan kamu membantu kamu atau kamu berpeluang membantu
rakan-rakan yang lain?
•
Fikirkan aktiviti-aktiviti harian kamu. Apakah aktiviti yang paling sukar untuk
dilakukan sekiranya kamu benar-benar kehilangan upaya?
•
Fikirkan tentang tempat perjumpaan sesama rakan (di dalam atau di luar
sekolah). Apakah yang perlu dilakukan untuk memudahkan OKU untuk bergerak
bebas?
•
Fikirkan tentang laluan dari rumah kamu ke sekolah. Apakah yang akan kamu
lakukan untuk menjadikannya mesra OKU?
•
Apakah kemudahan sedia ada bagi membantu OKU?
•
Apakah yang perlu kamu lakukan bagi memastikan OKU tidak terasa disisihkan?
•
Adakah OKU patut dijadikan sebagai bahan ejekan atau gurauan?
iii. Maklumat tambahan :
•
Definisi diskriminasi :
layanan yang tidak adil dan saksama terhadap orang yang berlainan kategori
samada atas dasar bangsa, keturunan, warna kulit, agama dan lain-lain.
iv. Antara artikel dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang
berkaitan dengan aktiviti ini :
•
Tiada diskriminasi (Artikel 2, CRC)
•
Hak kanak-kanak kurang upaya terhadap pendidikan (Artikel 23, CRC)
15