Modul Hak Asasi Pasca UPSR
Langkah-langkah pelaksanaan
1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan berbeza; A, B dan C. Setiap kumpulan
diberikan watak berbeza :
Kumpulan
Watak
Peranan
Kumpulan A
Pembuli
Pembuli (Kumpulan A) akan bertindak
mengejar Mangsa (Kumpulan B) dan cuba
menyentuh Mangsa dengan menggunakan
sentuhan tangan.
Kumpulan B
Mangsa
Mangsa perlu berusaha untuk mengelakkan
diri daripada disentuh oleh Pembuli.
Kumpulan C
Pengawas
Tugas Pengawas berubah-ubah mengikut
situasi seperti yang dinyatakan dalam
langkah seterusnya.
2. Permainan ini perlu dilengkapkan dalam 4 pusingan. Setiap pusingan akan
dimainkan mengikut arahan seperti di bawah. Masa satu minit ditetapkan untuk
ke pusingan seterusnya.
Pusingan pertama : Pengawas membantu Pembuli dengan menghalang laluan
Mangsa supaya Mangsa tidak boleh melarikan diri dari Pembuli. Pengawas tidak
boleh menyentuh atau menolak Mangsa.
Pusingan kedua : Pengawas tidak melakukan apa-apa terhadap situasi dan
membiarkan sahaja Pembuli mendapatkan Mangsa.
Pusingan ketiga : Pengawas melindungi Mangsa dengan menempatkan dirinya
di antara Pembuli dan Mangsa. Pengawas tidak boleh menyentuh atau menolak
Pembuli (tidak boleh melibatkan kekasaran).
Pusingan keempat : Pengawas dikehendaki membuat satu garisan lurus dalam
jarak sekitar 15 – 20 meter daripada murid lain. Dalam kiraan 15 saat, Mangsa perlu
mendapatkan Pengawas dan menyentuh tangan mereka sebelum ditangkap oleh
Pembuli. Pengawas tidak boleh bergerak tetapi hanya menghulurkan tangan dan
menggalakkan Mangsa untuk mendapatkan mereka secepat mungkin. Sebaik
sahaja Mangsa tiba kepada Pengawas, Mangsa perlu ke belakang garisan yang
dibina oleh Pengawas di mana mereka berada dalam keadaan selamat daripada
ditangkap oleh Pembuli.
24