Modul Hak Asasi Pasca UPSR Nota rujukan untuk guru : i. Guru perlu mengingatkan murid untuk menjaga keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Guru boleh menggunakan soalan-soalan di bawah sebagai panduan. ii. • Apakah perasaan kamu tentang aktiviti yang dijalankan? • Adakah kamu mengalami kesukaran melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dengan kekurangan diri kamu dari segi fizikal? • Apakah bentuk cabaran yang kamu hadapi disebabkan oleh kekangan fizikal kamu dan bagaimanakah kamu mengatasinya? • Adakah rakan kamu membantu kamu atau kamu berpeluang membantu rakan-rakan yang lain? • Fikirkan aktiviti-aktiviti harian kamu. Apakah aktiviti yang paling sukar untuk dilakukan sekiranya kamu benar-benar kehilangan upaya? • Fikirkan tentang tempat perjumpaan sesama rakan (di dalam atau di luar sekolah). Apakah yang perlu dilakukan untuk memudahkan OKU untuk bergerak bebas? • Fikirkan tentang laluan dari rumah kamu ke sekolah. Apakah yang akan kamu lakukan untuk menjadikannya mesra OKU? • Apakah kemudahan sedia ada bagi membantu OKU? • Apakah yang perlu kamu lakukan bagi memastikan OKU tidak terasa disisihkan? • Adakah OKU patut dijadikan sebagai bahan ejekan atau gurauan? iii. Maklumat tambahan : • Definisi diskriminasi : layanan yang tidak adil dan saksama terhadap orang yang berlainan kategori samada atas dasar bangsa, keturunan, warna kulit, agama dan lain-lain. iv. Antara artikel dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang berkaitan dengan aktiviti ini : • Tiada diskriminasi (Artikel 2, CRC) • Hak kanak-kanak kurang upaya terhadap pendidikan (Artikel 23, CRC) 15

اختر الفقرة المستهدفة3