gagal melindungi dan mempromosi hak asasi manusia dan kebebasan
asas rakyat. Yang amat menghairankan, daripada 16 negara,
Malaysia merupakan satu-satunya negara yang gagal dalam pemilihan
keanggotaan Majlis Hak Asasi Manusia bagi tempoh 2018 - 2020. Walaupun
resolusi kesederhanaan Malaysia diterima pakai semasa sesi Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72, dengan perisytiharan
Tahun 2019 sebagai Tahun Kesederhanaan Global, iltizam negara dalam
penerapan nilai kesederhanaan amat cetek dan mula dipersoalkan di
peringkat antarabangsa. Terdapat beberapa situasi apabila pihak berkuasa
mengharamkan buku-buku ilmiah tentang kesederhanaan serta menangkap
dan menahan ulama dan cendekiawan Turki yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa, iaitu Mustafa Akyol atas nasihat Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) dengan alasan antaranya termasuklah ketiadaan tauliah
untuk memberi ceramah tentang Islam. Hal ini memberikan gambaran kepada
masyarakat tentang cubaan kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara.
SUHAKAM menyuarakan kebimbangan tentang hala tuju masyarakat dan
percambahan tidak bertoleransi terhadap kebebasan bersuara dalam
kalangan segmen kerajaan yang menggalakkan pemikiran sedemikian.
Saya berpendapat bahawa jaminan kesederhanaan oleh Kerajaan adalah
tidak memadai kerana kesederhanaan yang tidak selaras dengan amalan
akan mengalami kegagalan. Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat
kesederhanaan dalam amalan maka Malaysia hendaklah menolak segala
bentuk ekstremisme melalui tindakan walaupun bersifat keagamaan kerana
rakyat Malaysia inginkan keamanan dalam kehidupan dan menikmati manfaat
nilai-nilai peradaban. Contoh-contoh keadaan tidak bertoleransi yang dapat
dilihat berlaku pada tahun ini antaranya termasuklah cubaan untuk membuang
lambang-lambang salib di gereja, larangan pemakaian tudung kakitangan
wanita di kaunter hotel, kedai dobi khas untuk Muslim dan kenyataan berbaur
perkauman oleh individu berlagak samseng yang diupah oleh ahli- ahli politik.
SUHAKAM berasa kesal apabila tidak ada tindakan yang dilakukan oleh pihak
berkuasa terhadap isu-isu sebegini malah kegagalan pihak kerajaan untuk
melaksanakan komitmennya terhadap kesederhanaan yang dilaung-laungkan
semakin mengecewakan kami.
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
vii
ULASAN PENGERUSI
D
i sebalik gambaran menjuarai di arena antarabangsa, negara masih