untuk menilai dan dinilai berasaskan piawaian sejagat. SUHAKAM akan terus membincangkan dan mengkaji kebolehlaksanaan penyertaannya. Kerajaan memberikan justifikasi bahawa kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara, walaubagaimanapun bukti perkembangan kurang dapat dilihat, termasuk hasil ataupun penemuan kajian yang dijalankan sejak bertahun-tahun. SUHAKAM maklum bahawa dalam keseluruhan jawapan Kerajaan isu penyertaan triti antarabangsa, Kerajaan sentiasa mengambil pendirian bahawa sebelum ratifikasi dilakukan, triti antarabangsa perlulah bersesuaian dengan undang-undang negara. SUHAKAM percaya bahawa pandangan ini sendiri tidak berasas kerana tidak dinafikan Kerajaan telah melaksanakan banyak perubahan positif dan inisiatif terhadap isu-isu yang berkaitan dengan unsur-unsur yang terangkum dan diperincikan dalam triti antarabangsa seperti ‘kesedaran progresif’ tentang hak-hak warganya. Rentetan daripada aduan dan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap ketiadaan tindakan polis dan bagaimana pada zaman ini seseorang boleh hilang tanpa diketahui keberadaannya, SUHAKAM telah mengambil keputusan untuk menjalankan siasatan awam terhadap kes dakwaan kehilangan paksa beberapa individu dan siasatan awam ini masih lagi berjalan. Saya juga tidak tahu berhubung keyakinan orang ramai yang semakin hilang terhadap polis dalam hal ini. SUHAKAM terus menyokong Kerajaan dalam usahanya untuk mengukuhkan lagi tindakan menentang pemerdagangan manusia. SUHAKAM keliru dengan keputusan Jabatan Negara Amerika Syarikat menaik taraf Malaysia kepada kedudukan Tier 2, sedangkan dapatan Laporan Pemerdagangan Orang pada tahun 2017 memutuskan bahawa, “Kerajaan Malaysia tidak mematuhi standard minimum untuk membanteras pemerdagangan sepenuhnya” walaupun mengakui bahawa “Kerajaan menunjukkan peningkatan usaha berbanding tempoh laporan sebelumnya”. Persoalan tentang Wang Kelian masih kekal; pihak polis masih belum dapat membawa si pelaku ke muka pengadilan dan dakwaan penglibatan anggota berpakaian seragam dalam pemerdagangan manusia masih berleluasa. Walaupun negara mempunyai undang-undang untuk menghukum perhambaan zaman moden, SUHAKAM tidak mempunyai L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 xi ULASAN PENGERUSI luar negara, adalah penting bagi Malaysia menunjukkan kesediaannya

اختر الفقرة المستهدفة3