terhadap remaja hamil. SUHAKAM kini lebih tegas dalam pendiriannya bahawa perkahwinan sebelum umur 18 tahun merupakan satu pencabulan hak asasi manusia yang memberi kesan kepada kehidupan kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan. SUHAKAM berpegang pada pendirian bahawa perkahwinan adalah sesuatu yang suci, ia juga adalah satu tanggungjawab keagamaan yang memerlukan kemampuan, kematangan rohaniah dan kesediaan suami dan isteri untuk memikul tanggungjawab, dan tanggungjawab sebegini tidak boleh diharapkan daripada kanak-kanak. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menekankan bahawa amalan perkahwinan kanak-kanak adalah bertentangan dengan komitmen Malaysia dalam Matlamat kelima, Matlamat Pembangunan Lestari. Tahun ini, SUHAKAM turut melibatkan beberapa pemimpin agama dalam menangani situasi sebegini dan isu-isu hak asasi yang lain. SUHAKAM mengakui ketegangan antara hak asasi manusia dan agama memerlukan pelarasan perbezaan pandangan melalui pertukaran pendapat tentang isu keagamaan secara bijaksana kerana hal ini mempengaruhi kepercayaan dan sikap manusia. SUHAKAM dengan bangga menyatakan bahawa pada tahun ini, kajian kami tentang isu-isu hak asasi manusia kontemporari telah dijadikan sebahagian daripada Khutbah Jumaat (Khutbah Agama Islam). Saya gembira menyatakan bahawa melalui interaksi dengan Mufti-Mufti dan badan keagamaan, usaha untuk memansuhkan hukuman mati juga semakin mendapat perhatian. Kami berharap agar usaha kedua-dua pihak pada masa yang sama akan meningkatkan usaha untuk menghapuskan hukuman mati. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz atas Kokus Parlimen yang Hak Asasi Manusia yang baru ditubuhkan. Dalam analisis terakhir hak asasi manusia, hukuman mati adalah tidak konsisten dengan prinsip hak asasi manusia dan tiada tempat untuknya dalam sistem perundangan moden. Saya menekankan bahawa pemansuhan ini merupakan tugas utama SUHAKAM dalam usahanya untuk mempromosi dan meningkatkan penghormatan terhadap hak asasi manusia di Malaysia. Saya juga berharap agar Kokus Parlimen akan memberikan perhatian dalam menangani isu keengganan berterusan pihak Kerajaan menyertai triti antarabangsa hak asasi manusia yang lain. Sebagai negara yang sentiasa menekankan penghormatan terhadap hak asasi manusia dalam dasar x L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017

اختر الفقرة المستهدفة3