MESEJ PENGERUSI Walaupun sesetengah syor tidak dapat dilaksanakan di peringkat ini atas apa jua alasan, perbahasan seperti ini adalah bermanafaat kepada Suruhanjaya, dan orang awam, serta mampu menambahbaik prestij dan kredibiliti bukan sahaja Suruhanjaya sebagai sebuah institusi hak asasi manusia nasional bahkan Kerajaan, merangkumi kedua-dua bahagian Eksekutif dan Perundangannya. Ia akan menjadi satu demonstrasi kepentingan hak asasi manusia yang jelas dan tidak dipertikaikan dalam pentadbiran negara. Telah sampai masanya untuk Malaysia, yang beraspirasi menjadi sebuah negara maju pada 2020, bersikap proaktif dan mendahului mengenai hal-hal berkaitan hak asasi manusia. Dari sudut yang lebih positif, Suruhanjaya berbangga untuk memaklumkan meskipun terdapat kekangan, ia berupaya mengekalkan status ‘A’ sebagai institusi hak asasi manusia nasional sepertimana ditentukan keakurannya pada Prinsip Paris. Ianya diperakui oleh Jawatankuasa Penyelaras Institusi Hak Asasi Manusia Antarabangsa bagi Promosi dan Perlindungan Hak Asasi (ICC) susulan daripada Penilaian Khusus Jawatankuasa Kecil Akreditasi ICC (ICC-SCA) ke atas Suruhanjaya. Ia sememangnya memberi inspirasi kepada Suruhanjaya menjadi lebih proaktif dalam menjalankan usaha yang lebih serius bagi mencapai amalan dan promosi hak asasi manusia di peringkat yang lebih tinggi. Semoga ianya turut memberikan inspirasi kepada Kerajaan untuk mengotakan komitmennya kepada amalan 30 Perkara UDHR dan tersenarai antara negara yang mendahului dalam perkara ini. Sehubungan itu, pada tahun 20091, Suruhanjaya telah membentuk Jawatankuasa antara Kumpulan Kerja mengenai Susulan Penilaian Penggalan Sejagat (UPR). Jawatankuasa ini, yang terdiri daripada pegawai-pegawai fokal Kumpulan Kerja Suruhanjaya bertanggungjawab terutamanya dalam memantau pelaksanaan komitmen UPR oleh Kerajaan. Mekanisme pemantauan ini adalah penting bagi memastikan Kerajaan memenuhi komitmennya. Suruhanjaya berpuas hati dengan beberapa usaha progresif yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memenuhi tanggungjawabnya terhadap UPR dan berharap agar mekanisme pemantauan dapat menggalakkan Kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab antarabangsanya secepat mungkin. Meskipun langkah-langkah nyata telah diambil oleh Kerajaan, Suruhanjaya terus menghadapi beberapa cabaran yang sama, iaitu untuk terus melibatkan agensi Kerajaan, terutamanya agensi penguatkuasaan, bagi meningkatkan lebih kesedaran, pemahaman dan amalan, dan hormat kepada hak asasi manusia, serta hormat akan mandat dan peranan Suruhanjaya. Sebagai Pengerusi Suruhanjaya, saya ingin merakamkan pengiktirafan dan memberikan penghargaan kepada semua organisasi dan individu, agensi Kerajaan, hakim, ahli-ahli majlis, ahli akademik, ketua komuniti, badan bukan Kerajaan (NGO) dan kumpulan masyarakat awam yang lain, serta media masa, atas galakan dan sokongan ke atas kerja-kerja Suruhanjaya yang membolehkan mandat Suruhanjaya dipenuhi, walaupun terdapat kekurangan di beberapa segi. 1 4 Lihat Bab 7 Laporan Tahunan SUHAKAM 2009

اختر الفقرة المستهدفة3