PERUTUSAN PENGERUSI
Ini ialah kerana
tanggungjawab
mempromosi,
menghormati dan
memajukan hak
asasi manusia bukan
hanya tergalas di
bahu Suruhanjaya
dan Kerajaan
atau CSO, tetapi
terletak pada semua
rakyat Malaysia
yang menghargai
kebebasan dan hak
untuk hidup aman
Saya dan anggota Suruhanjaya penuh harapan dan kepercayaan
sesama masyarakat.
tanggungjawab dan komitmen tidak berbelah bagi untuk mendukung
dan mempromosi hak asasi manusia. Ini boleh dicapai melalui anjakan
paradigma – bermula dengan anggapan UDHR merupakan imposisi
nilai-nilai asing yang berpacukan dorongan luaran, seperti yang sering
didakwa, dan menerima prinsip-prinsip sejagat yang perlu dicapai
mengikut keupayaan negara. Ianya penting kerana prinsip-prinsip ini
telah diterima oleh semua Negara-Anggota PBB dan, dalam dunia
global dan saling berhubung-kait, sesebuah negara tidak mampu
wujud berasingan. Saya benar-benar percaya bahawa Malaysia boleh
mencapai standard hak asasi manusia yang lebih tinggi dan menjadi
sebuah negara model yang akan dicontohi oleh negara-negara lain.
Suruhanjaya akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi mandat
dan mengharapkan sokongan dan kefahaman yang lebih daripada
semua rakyat Malaysia sebagai pihak yang paling berkepentingan
dalam bidang hak asasi manusia.
bahawa lambat laun, Malaysia akan menyertai sepenuhnya prinsipprinsip dan nilai hak asasi manusia sejagat apabila rakyatnya lebih menghargai dan memahami prinsipprinsip dan nilai ini, supaya sebagai sebuah negara, kita boleh berdiri sama tinggi dan berbangga
berada di kalangan negara-negara yang mempunyai standard hak asasi manusia yang sempurna.
Sehingga hasrat ini tercapai, diharapkan Malaysia akan terus belajar dan mencontohi amalan terbaik
negara lain, terutamanya negara yang berkongsi budaya dan tradisi sosial yang sama seperti kita.
Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan Pesuruhjaya atas semangat setiakawan, sokongan
padu, galakan dan sumbangan tak berbelah bagi daripada mereka dari segi idea, pengalaman dan
kepakaran, yang telah meringankan beban saya sebagai Pengerusi Suruhanjaya. Saya berterima
kasih terutamanya kepada Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Naib Pengerusi, atas nasihatnya dan
terutama sekali, kepimpinannya dalam mengemudi kerja-kerja menyedia dan menyiapkan Laporan
Tahunan ini mengikut jadual yang ditetapkan, dengan sokongan anggota Suruhanjaya, pegawai
dan kakitangan.
Dengan penyerahan Laporan Tahunan ini ke Parlimen, saya sekali lagi menyeru semua rakyat Malaysia
dan mempelawa mereka menyahut cabaran bagi menjadikan negara ini sebuah negara yang
menghormati dan menegakkan sepenuhnya hak asasi rakyatnya tanpa mengira warna kulit, bangsa
dan keturunan. Ini ialah kerana tanggungjawab mempromosi, menghormati dan memajukan hak asasi
manusia bukan hanya tergalas di bahu Suruhanjaya dan Kerajaan atau CSO, tetapi terletak pada semua
rakyat Malaysia yang menghargai kebebasan dan hak untuk hidup aman sesama masyarakat.
TAN SRI HASMY AGAM
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
6