BAB 1
negara, kebimbangan telah dibangkitkan bahawa ISDS2 merupakan
penguatkuasaan Bab Pelaburan dan bertujuan untuk menyedarkan
Kerajaan bahawa sebelum pengenalan mana-mana dasar atau undangundang, Kerajaan mesti mengambil kira kesan ke atas keuntungan syarikat
atau pelabur dari negara-negara anggota dalam TPPA.
iv)
Konsultasi Bermakna bersama Pihak Berkepentingan
Sejak peringkat awal penglibatan Kerajaan dalam proses rundingan TPPA,
punca utama rasa tidak puas hati di kalangan pihak berkepentingan
adalah kurangnya proses konsultasi yang bermakna. Kebimbangan
telah dibangkitkan bahawa dialog dan mesyuarat yang dijalankan oleh
Kerajaan adalah sesi taklimat semata-mata, di mana tiada perbincangan
menyeluruh telah diadakan dan tiada teks-teks rundingan disediakan.
v)
Waktu yang Singkat untuk Perbincangan dan Penyediaan Komen
Teks sebenar TPPA telah dikeluarkan oleh Kerajaan pada 5 November 2015
dan dipaparkan di laman sesawang MITI. Walau bagaimanapun, Kerajaan
hanya membenarkan dua bulan3 untuk pihak berkepentingan mengkaji
teks tersebut, yang mengandungi 30 Bab dan 6,000 mukasurat.
vi)
Kesukaran dalam Pemahaman Teks TPPA
30 Bab TPPA tersebut adalah sukar untuk difahami, termasuklah di kalangan
Ahli Parlimen, dan ini mungkin akan menggagalkan tujuan Sesi Khas
Parlimen yang bertujuan untuk mendebatkan peruntukan-peruntukan di
dalam TPPA dan kesannya kepada rakyat dan negara.
vii) Perkaitan antara TPPA dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)
Pada Sidang Kemuncak Pembangunan Mampan PBB pada 25 September
2015, lebih dari 150 negara termasuk Malaysia telah menerima pakai SDG
baru yang menggariskan 17 matlamat dan 169 sasaran untuk ditangani,
termasuk perubahan iklim global (Matlamat 13), kesihatan yang kurang
baik (Matlamat 3), dan kemiskinan (Matlamat 1). Turut dinyatakan
bahawa terma TPPA sepatutnya menuruti dan seiring dengan matlamat
dan sasaran SDG yang telah pun diterima pakai oleh Kerajaan.
Berdasarkan PMB tersebut, Suruhanjaya telah mencadangkan beberapa
syor untuk pertimbangan Kerajaan:
2
3
Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Kerajaan (ISDS) adalah satu sistem di mana syarikat-syarikat individu boleh menyaman negara
yang didakwa mengamalkan diskriminasi. ISDS merupakan instrumen undang-undang awam antarabangsa dan peruntukan
yang terkandung di dalam beberapa perjanjian pelaburan dua hala. Sekiranya pelabur dari satu negara (negara asal) melabur
di negara lain (negara penganjur),kedua-duanya bersetuju untuk ISDS, dan negara penganjur melanggar hak yang diberikan
kepada pelabur di bawah undang-undang awam antarabangsa, maka pelabur boleh membawa perkara tersebut sebelum
tribunal timbang tara.
Akhbar melaporkan bahawa Parlimen akan mengadakan satu sesi perdebatan khas mengenai TPPA dari 26 sehingga 28 Januari
2016.
26 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 26
4/21/17 12:07 PM