Bab 1
LAPORAN KUMPULAN DASAR,
UNDANG-UNDANG DAN ADUAN
BAB 1
I.
BAHAGIAN DASAR
Pada tahun ini, Bahagian Dasar menumpukan kerja dan advokasi terhadap isuisu yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan perniagaan; Pelan Tindakan
Hak Asasi Manusia Kebangsaan; susulan tindakan ke atas Laporan Inkuiri Nasional
Mengenai Hak Tanah Orang Asal Di Malaysia, dan penyelidikan mengenai
hak-hak transgender, terutama hak kepada pekerjaan, kesihatan, pendidikan,
perumahan, dan maruah. Bahagian Dasar juga menjalankan tindakan susulan
terhadap kajian tematik yang lalu iaitu “Hak Kepada Pendidikan Bagi Kanakkanak Bermasalah Pembelajaran’.
1.
HAK ASASI MANUSIA DAN PERNIAGAAN
(a) Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan
Di Malaysia
Dalam kesinambungan kerja Suruhanjaya terhadap advokasi NAP
Mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan, dengan mengambilkira
komitmen yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan semasa pelancaran Rangka Kerja
Strategik NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan pada tahun
2015, Kerajaan akan membangunkan sebuah NAP Mengenai Hak Asasi
Manusia Dan Perniagaan. Beberapa mesyuarat susulan telah diadakan
sepanjang tahun di antara Suruhanjaya dan Pejabat YB Senator Datuk
Paul Low.
Bahagian Dasar juga membantu Pejabat tersebut dalam menyediakan
Kertas Kabinet untuk kelulusan Kerajaan bagi membangunkan NAP
Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan Di Malaysia tersebut. Selain
itu, Kertas Kabinet itu turut menekankan, antara lain, rasional dan justifikasi
Kerajaan untuk membangunkan pelan tindakan tersebut. Walaupun
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia
Kebangsaan (NHRAP), Suruhanjaya berpendapat bahawa terdapat
keperluan untuk pelan yang berasingan mengenai hak asasi manusia dan
perniagaan yang akan memberi tumpuan khusus kepada tanggungjawab
dan tugas Kerajaan dalam melindungi dan menghormati hak asasi
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 19
suhakam BM.indd 19
4/21/17 12:07 PM