ULASAN PENGERUSI bukan sahaja merentasi sempadan tetapi juga di dalam sesebuah negara. Walau bagaimanapun, SUHAKAM mengalu-alukan pembaharuan kepada sistem perlindungan mangsa, termasuk peruntukan undang-undang untuk membenarkan kebebasan mangsa untuk bergerak dan hak untuk bekerja. Berhubung dengan isu pelarian, walaupun ini merupakan isu yang sekian lama berterusan, dengan anggaran 150,000 orang pelarian yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia, masih lagi tiada dasar, rangka kerja undang-undang, atau penyelesaian yang kukuh berkenaan golongan rentan ini. Disebabkan tiadanya status rasmi, dan oleh itu tiadanya keupayaan untuk mendapatkan permit kerja yang sah, golongan ini terus terdedah kepada pemerdagangan. Ramai pelarian menanggung hutang yang besar, dan pedagang manusia mengambil kesempatan ke atas hal ini untuk mengikat pelarian kepada hutang tersebut. SUHAKAM percaya bahawa akses kepada pekerjaan yang selamat dan sah adalah hak asasi manusia yang jelas dalam undang-undang antarabangsa, dan atas sebab-sebab yang kukuh ianya terpakai kepada semua orang termasuk pelarian dan pencari suaka. Walaupun tugas utama untuk melindungi hak asasi manusia terletak di tangan kerajaan, perniagaan dan syarikat juga mempunyai tanggungjawab untuk menghormati hak asasi manusia dalam operasi mereka. Tahun ini, agenda hak asasi manusia dan perniagaan SUHAKAM terus berkembang, sesuai dengan peningkatan momentum pelan-pelan tindakan kebangsaan bagi pelaksanaan Prinsip-Prinsip Panduan PBB Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan. SUHAKAM telah membantu Pejabat YB Senator Datuk Paul Low dalam menyediakan Kertas Kabinet untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan bagi perangkaan Pelan Tindakan Kebangsaan (NAP) Mengenai Perniagaan Dan Hak Asasi Manusia yang diperjuangkannya sejak tahun 2015. SUHAKAM berharap NAP ini akan dapat membantu Kerajaan untuk meningkatkan keupayaannya melindungi hak asasi manusia di Malaysia dengan mengukuhkan struktur pentadbiran, menggalakkan lagi sikap hormat terhadap kedaulatan undang-undang dan perpaduan negara, serta menggalakkan perkembangan budaya hak asasi manusia di seluruh Malaysia. Di samping itu juga, ia diharap dapat mewujudkan kejelasan dan konsistensi di kalangan sektor perniagaan dengan mengukuhkan keupayaan dalaman Kerajaan untuk menangani isu-isu perniagaan dan hak asasi manusia; membolehkan kesepaduan yang lebih baik di antara pelbagai Jabatan dan agensi Kerajaan; memberi panduan kepada pegawai Kerajaan, entiti perniagaan, dan juga pihak berkepentingan lain berkenaan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa hak asasi manusia dilindungi dan dihormati; memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban, terutamanya mengenai langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan Prinsip-Prinsip Panduan PBB (UNGP); dan menggalakkan keselarasan di antara amalan hak asasi manusia di peringkat negara dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 11 suhakam BM.indd 11 4/21/17 12:07 PM

اختر الفقرة المستهدفة3