ULASAN PENGERUSI mengenai keadaan hak asasi manusia di negara ini dan apa-apa isu lain yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Sebagai balasan, Parlimen akan menerima, menyemak, dan memberi maklum balas kepada laporan NHRI dan memastikan yang mereka membahas isu-isu utama dan laporan penting NHRI dengan segera. Hubungan antara tadbir urus demokrasi yang kukuh dan sikap hormat terhadap hak asasi manusia sejagat adalah jelas. Tahun-tahun kebelakangan ini telah menyaksikan peningkatan konsensus antarabangsa berkenaan kepentingan peranan Parlimen dalam mempromosi, melindungi, dan merealisasi hak asasi manusia. Sebagai salah satu institusi utama sesebuah negara, Parlimen juga bertanggungjawab untuk melindungi dan memenuhi hak asasi manusia dan melaksanakan tanggungjawab negara, bersama-sama dengan cabang Eksekutif dan Kehakiman Kerajaan. Bagi tujuan ini, SUHAKAM telah mula bekerjasama dengan Parlimen untuk memaksimumkan perlindungan hak asasi bagi setiap individu di negara ini. Lewat tahun ini, SUHAKAM telah mengemukakan pemerhatiannya yang terperinci ke atas perhimpunan aman 19 November kepada Speaker Dewan Parlimen. Menurut Prinsip Belgrade, Parlimen perlu mengadakan perbincangan terbuka mengenai syor yang diberikan oleh NHRI dan harus mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa awam yang berkaitan tentang sejauh mana pihak berkuasa tersebut telah mempertimbang dan memberi maklum balas terhadap syor NHRI. Walau bagaimanapun, ini merupakan tahun ke-16 berturut-turut di mana Laporan Tahunan SUHAKAM tidak dibahaskan oleh Parlimen. Harus ditekankan bahawa apa yang tidak tercapai oleh SUHAKAM dari segi perlindungan hak asasi rakyat haruslah diangkat pula oleh Parlimen. Perlu diambil maklum bahawa Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2016 telah mengenal pasti Malaysia sebagai sebuah negara destinasi dan, pada tahap yang lebih rendah, negara sumber dan transit bagi lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang menjadi buruh paksa; serta wanita dan sebilangan kecil kanak-kanak yang menjadi mangsa pemerdagangan seks. Kebanyakan mangsa pemerdagangan adalah di kalangan kira-kira dua juta orang buruh asing yang berdaftar dan lebih dari dua juta orang buruh asing yang tidak berdaftar di negara ini. Penemuan kem migran dan kubur besar di sempadan Malaysia-Thailand tahun lepas telah membawa kepada laporan bahawa beberapa pegawai turut bersubahat dalam memudahkan lagi penyeludupan migran, yang mungkin juga melibatkan jenayah pemerdagangan manusia. Kerajaan menegaskan bahawa usaha untuk menghentikan pemerdagangan dan meningkatkan pengawasan telah dijalankan tetapi kadar pendakwaan pesalah masih tidak meyakinkan berbanding dengan negara jiran kita seperti Thailand. Pihak berkuasa perlu menerima keseriusan isu ini kerana pemerdagangan berlaku 10 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 10 4/21/17 12:07 PM

اختر الفقرة المستهدفة3