Namun, sokongan yang diberi masih tidak cukup untuk menjamin hak kepada
pendidikan bagi kanak-kanak pelarian. Walaupun hak kepada pendidikan
termaktub di dalam Konvensyen Berkaitan Dengan Status Pelarian 1951, kanakkanak pelarian di negara ini yang mempunyai akses kepada pendidikan
terpaksa menghadiri sama ada projek pendidikan yang dikendalikan oleh
Pesuruhjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNHCR) dengan kerjasama badan bukan
Kerajaan, atau kelas pendidikan dalam komuniti yang dianjurkan oleh komuniti
pelarian itu sendiri, kerana mereka tidak layak untuk mendapat pendidikan
formal. SUHAKAM akan terus berusaha untuk memastikan semua kanak-kanak
dapat merealisasikan hak mereka kepada pendidikan.
ULASAN PENGERUSI
bagi Pembangunan Lestari iaitu untuk memastikan pendidikan terangkum dan
berkualiti untuk semua dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat
menjelang tahun 2030.
Pada bulan September 2015, 170 pemimpin dunia telah berkumpul di Sidang
Kemuncak Pembangunan Lestari PBB di New York untuk menerima pakai Agenda
Pembangunan Lestari 2030. Agenda baru ini, yang berasaskan undang-undang
hak asasi manusia antarabangsa, meliputi satu set 17 Matlamat Pembangunan
Lestari (SDG) yang luas serta 169 sasaran, dan akan berfungsi sebagai rangka
kerja keseluruhan yang akan membimbing tindakan pembangunan nasional
dan global untuk 14 tahun akan datang. Memandangkan SDG diperolehi
daripada prinsip-prinsip hak asasi manusia, adalah penting untuk memastikan
ianya dilaksanakan dengan komitmen politik yang cukup. Oleh itu, adalah
sangat penting untuk kita bermula dengan penerimaan penuh dan menyeluruh
terhadap hak asasi manusia. Tetapi ini akan menjadi sukar jika status penyertaan
Malaysia kepada triti hak asasi manusia antarabangsa kekal pada kedudukan
yang statik, menjadikan kita salah satu daripada beberapa negara di dunia yang
mempunyai kadar paling rendah bagi ratifikasi/penyertaan triti. Kebanyakan
triti hak asasi manusia antarabangsa mula berkuatkuasa berdekad yang lalu,
dan ketidaksertaan Malaysia yang berterusan mencerminkan kurangnya
keazaman negara ini untuk memenuhi kewajipan antarabangsanya.
Sejak penubuhannya, SUHAKAM telah menyuarakan kebimbangannya kepada
Kerajaan mengenai status penyertaan Malaysia kepada baki enam perjanjian
hak asasi manusia antarabangsa. Hampir 80 peratus daripada semua Negara
Anggota PBB telah meratifikasi atau menyertai sekurang-kurangnya empat
daripada sembilan triti teras hak asasi manusia. Di rantau Asia Tenggara,
kebanyakan negara telah meratifikasi atau menyertai sekurang-kurangnya
lima triti. Malah, di kalangan negara-negara Islam, ada sebilangan yang
telah meratifikasi atau menyertai lebih banyak triti teras ini daripada Malaysia.
Malaysia tidak menandatangani atau menyertai Konvensyen Antarabangsa
Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) 1969;
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 7
suhakam BM.indd 7
4/21/17 12:07 PM