ULASAN PENGERUSI dipelajari oleh generasi muda kita. Belia perlu faham kesaksamaan dan konsep tiada diskriminasi, serta mengetahui hak mereka, untuk memahami bagaimana mereka harus dilayan dan bagaimana mereka harus melayan orang lain. Mengetahui dan memahami tentang hak dan tanggungjawab, menghargai kedua-duanya, dan belajar mengenai perjuangan untuk mendapatkan kedua-duanya, adalah asas-asas penting dalam persediaan semua kanakkanak untuk hidup dalam masyarakat yang demokratik dan majmuk. Kajian telah mendapati bahawa mengajar kanak-kanak tentang hak asasi manusia dapat mengurangkan kes buli, ponteng sekolah, dan penyisihan, memperbaiki hubungan dengan guru-guru, dan mewujudkan suasana yang lebih sihat untuk belajar. Namun, dalam sistem pendidikan kita, hak asasi manusia dan hak yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan tidak diajar di sekolahsekolah, kerana ia dianggap oleh sesetengah pihak sebagai selaras dengan sekularisme, atau dianggap bahawa Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah sebuah dokumen masyarakat Barat yang gagal mengambil kira norma budaya dan nilai yang wujud di Malaysia, atau sebagai percubaan untuk memaksa nilai Barat ke atas rakyat Malaysia. Oleh itu, jelas terdapat kekurangan pemahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak yang terkandung di dalamnya di kalangan rakyat Malaysia. SUHAKAM akan cuba untuk merapatkan jurang ini. Memandangkan pendidikan hak asasi manusia adalah penting bagi hak setiap kanak-kanak kepada pendidikan yang berkualiti, dan selaras dengan Program Dunia PBB Bagi Pendidikan Hak Asasi Manusia, SUHAKAM menjadikan pendidikan hak asasi manusia dari peringkat awal hingga ke peringkat pengajian tinggi sebagai salah satu keutamaannya dengan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan pada tahun 2009 untuk Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia Di Sekolah (ATHAM). Tahun ini, 15 buah sekolah lagi telah dimasukkan ke dalam program ini, membawa kepada sejumlah 222 sekolah yang mengambil bahagian. Program ini, yang bertujuan untuk menerapkan nilai dan prinsip hak asasi manusia ke dalam setiap aspek kehidupan di sekolah, telah menjana minat dan membawa hasil yang memberangsangkan. Pendidikan hak asasi manusia tidak boleh diringkaskan menjadi pengenalan pendek tentang kandungan hak asasi manusia di sekolah-sekolah terpilih. Pendidikan hak asasi manusia perlu diberi keutamaan di peringkat asas polisi pendidikan kita untuk memastikan bahawa kanak-kanak pada hari ini akan membesar menjadi orang dewasa yang sedar akan hak mereka. Adalah menjadi harapan SUHAKAM agar hak asasi manusia diterima sebagai sebahagian daripada pendidikan formal di semua sekolah selaras dengan aspirasinya iaitu “Pendidikan Hak Asasi Manusia (Diajar Dan Diamal) Di Semua Sekolah Menjelang Tahun 2020”, dan selaras dengan Matlamat 4 Agenda 2030 6 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 6 4/21/17 12:07 PM

اختر الفقرة المستهدفة3