ULASAN PENGERUSI
tidak terkawal; kekurangan kemudahan asas termasuk elektrik dan bekalan air;
dan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak Orang Asli. Di Sabah,
aduan yang diterima banyak berpokok kepada hak kewarganegaraan dan
hak-hak tanah adat.
Pada tahun yang lalu, SUHAKAM telah mendapat liputan media yang agak
besar berhubung pelbagai isu hak asasi manusia. Ini termasuklah kerja
SUHAKAM berkenaan dengan pemantauan perhimpunan awam. Antaranya
ialah ‘Bantahan Terhadap TPPA’ pada 23 Januari; ‘Perhimpunan Tangkap MO1’
pada 27 Ogos; ‘Konvoi BERSIH 5.0 di Sekinchan’ pada 15 Oktober dan ‘BERSIH
5.0’ pada 19 November.
Bagi pihak berkuasa dan sesetengah rakyat Malaysia, peserta perhimpunan
yang menjalankan hak untuk berhimpun secara aman seolah-olah
memberikan imej yang negatif. Walaupun kebanyakan acara bantahan
di negara demokratik yang matang dan liberal adalah bersifat tidak ganas,
perhimpunan awam masih dianggap bermasalah, meyusahkan, atau salah.
SUHAKAM berpandangan bahawa atas sebab-sebab ini, pihak berkuasa telah
cuba untuk mentakrifkan hak untuk berhimpun dengan cara yang terhad
dan sempit. SUHAKAM telah menjelaskan bahawa melalui Akta Perhimpunan
Aman 2012 (PAA), kesemua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun
secara aman dan tanpa senjata, termasuk penjawat awam, pelajar universiti,
ahli akademik, dan guru, dan bahawa ia akan menjadi pelanggaran kepada
Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak untuk berhimpun secara
aman disekat melalui pekeliling atau arahan Kerajaan, universiti dan/atau
Jabatan.
Hari ini pun, perbincangan hak asasi manusia di beberapa rantau termasuk di
rantau ini seolah-olah masih tertumpu kepada soalan yang sempit mengenai
hubungan antara budaya, adat, atau nilai-nilai tempatan dan hak asasi
manusia sejagat. Akibatnya, banyak kerajaan yang menentang pematuhan
kepada norma antarabangsa yang dianggap menyangkal agama dan tradisi
tempatan, walaupun kesejagatan hak asasi manusia dari segi moral tidak
dapat dinafikan. Ini boleh memberikan mesej yang salah kepada generasi
muda, yang sekarang pun tidak menyedari sepenuhnya akan manfaat hak
asasi manusia kerana mereka tidak dididik mengenai perkara ini di sekolah.
SUHAKAM pada tahun ini telah terus mengadakan perbincangan, ceramah,
dan aktiviti-aktiviti dengan pelajar universiti dan kolej. Sesi dialog ini telah
mendedahkan minat menyeluruh dalam topik hak asasi manusia; suatu subjek
yang walaupun tidak dimasukkan dalam kurikulum sekolah, namun semakin
diiktiraf sebagai mata pelajaran penting yang patut diperkenalkan sekurangkurangnya di sekolah rendah. Sekarang pun, pendidikan tidak formal kekal
sebagai satu-satunya konteks di mana pendidikan hak asasi manusia boleh
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 5
suhakam BM.indd 5
4/21/17 12:07 PM