ULASAN PENGERUSI hak asasi manusia untuk semua. Sejak beroperasi pada tahun 2000, SUHAKAM telah menjalankan pelbagai kerja berkaitan isu-isu hak asasi manusia. Ini termasuklah hak-hak wanita dan kanak-kanak, orang kurang upaya, pelarian, pencari suaka dan pekerja asing, penyeludupan manusia, hak asasi manusia dan perniagaan, pembaharuan undang-undang, dan lain-lain. Daripada isuisu tersebut, hak-hak Orang Asal kekal sebagai topik keutamaan bagi SUHAKAM kerana masih terdapat janji-janji Kerajaan mengenai hak tanah Orang Asal yang belum direalisasikan. SUHAKAM berpendapat bahawa kemajuan yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hak Tanah Orang Asal adalah mengecewakan kerana walaupun ada jaminan bahawa 17 daripada 18 syor oleh SUHAKAM dalam Inkuiri Nasional telah diterima oleh Kerajaan, tiada satu pun yang telah dilaksanakan. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), sebuah badan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk melindungi serta memastikan kesejahteraan dan kemajuan Orang Asli nampaknya telah gagal untuk melindungi hak-hak mereka, dan ramai Orang Asli dan juga SUHAKAM telah menyeru supaya kajian semula yang komprehensif dijalankan ke atas JAKOA. Dapat disimpulkan bahawa negara ini tidak bersedia untuk menangani dan menghentikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat terpinggir ini. Punca pelanggaran hak-hak Orang Asal masih begitu banyak, dan antara punca-punca tersebut termasuklah diskriminasi yang meluas dan sistematik terhadap mereka, serta pengetepian mereka dari proses membuat keputusan dan penglibatan berkesan dalam hal-hal yang secara langsung memberi kesan kepada mereka. Dalam sistem Parlimen kita, masyarakat pribumi, khususnya masyarakat Orang Asli tidak diwakili dengan secukupnya. Lebih memburukkan keadaan, dan boleh dikatakan juga kerana kelengahan dalam pelaksanaan syor-syor Inkuiri Nasional SUHAKAM, pelanggaran hak tanah adat telah menjadi semakin teruk pada tahun ini. Kegagalan dalam melindungi hakhak tanah Orang Asal oleh Kerajaan juga telah membawa kepada insiden seperti kekecohan dan ugutan jenayah di sekatan-sekatan yang dibina oleh sekumpulan Orang Asli di laluan pembalakan di Gua Musang, Kelantan. Masyarakat Orang Asli di Gua Musang, dalam satu program, telah melahirkan kekecewaan mereka terhadap SUHAKAM dan Kerajaan di atas apa yang mereka anggap sebagai kegagalan di pihak SUHAKAM untuk melaksanakan syor-syor Inkuiri Nasional. SUHAKAM berpendapat bahawa masyarakat Orang Asli/Asal yang lemah dan terpinggir ini perlu dihormati dan diberi peluang yang sama seperti rakyat Malaysia lain untuk menjalani kehidupan yang memuaskan dan penuh nilai. Masa depan bersama memerlukan penyertaaan kaum Orang Asli/Asal secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan di Malaysia. SUHAKAM melihat Parlimen sebagai institusi yang mempunyai peranan penting dalam perlindungan hak asasi Orang Asal berdasarkan nilai tradisional, wawasan, keperluan, dan keutamaan mereka tetapi sehingga kini, peranan ini belum direalisasikan sepenuhnya. 2 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 2 4/21/17 12:07 PM

اختر الفقرة المستهدفة3