(a) Dasar Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya 2007
(b) Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam kepada
Golongan Orang Kurang Upaya (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun
2010)
(c) Pelan Tindakan Kebangsaan Orang Kurang Upaya 2016 – 2022
Dalam memastikan aksesibiliti OKU terjamin, Majlis Negara Kerajaan Tempatan
(MNKT) pada tahun 1990 telah memperkenalkan Undang-Undang Kecil 34A
dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 bagi mewajibkan setiap
bangunan awam menyediakan akses untuk membolehkan OKU masuk, keluar
dan bergerak dalam bangunan tersebut. Semua Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) perlu memastikan bahawa semua pelan bangunan awam mengandungi
ciri-ciri akses mengikut Standard Malaysia. Pemilik bangunan awam yang
tidak mematuhi Undang-Undang Kecil 34A boleh diambil tindakan di bawah
peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Selain itu, bagi memastikan kemudahan OKU yang disediakan menepati
standard, terdapat tiga (3) standard Kod Amalan (Code of Practice) mengenai
kebolehaksesan dan mobiliti yang diperkenalkan oleh Jabatan Standard
Malaysia seperti berikut:
(a) MS 1183:1990 - Code of Practice for Means of Escape for Disabled Persons
(b) MS 1184:2014 - Code of Practice on Universal Design and Accessibility in
the Built Environment (Second Revision)
(c) MS 1331:2003 - Code of Practice for Access for Disabled People Outside
Buildings
Seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan OKU 20162022 melalui Teras Strategik 1 dalam meningkatkan mobiliti
dan kualiti hidup golongan OKU supaya lebih produktif
dan inklusif dalam masyarakat, pihak Kerajaan berusaha
meningkatkan penyediaan akses kepada persekitaran
fizikal di bandar mahupun di luar bandar berkonsepkan
reka bentuk sejagat.
Dalam melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan aksesibiliti OKU, KPWKM
telah menubuhkan Jawantakuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina di bawah
Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya untuk menangani isu aksesibiliti
OKU dan reka bentuk sejagat, selaras dengan Seksyen 11 Akta OKU 2008.