Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam bagi pelajar tahun pertama dan tahun ketiga, pada 25 Mac. Ceramah ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab PBB, Fakulti Undang-Undang UKM. iii. Ceramah berkenaan ’Hak Asasi Manusia untuk Pelajar IPT’ di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu Kampus Dungun, pada 29 April. iv. Lawatan ke penempatan Orang Asli oleh pensyarah dan pelajar Taylor’s University yang dianjurkan oleh Suruhanjaya dan NGO Orang Asli bagi membolehkan para pelajar melihat dan merasai sendiri isu-isu yang melibatkan Orang Asli. v. Suruhanjaya telah dijemput oleh beberapa IPT swasta seperti Taylor’s University dan Kolej Damansara Utama (KDU) untuk mengadakan pameran bagi mempromosi program Suruhanjaya dan juga menyebarkan maklumat berkenaan hak asasi manusia. vi. Bengkel hak asasi manusia untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Moral, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 18 Mei. Bengkel ini diadakan melalui kerjasama Suruhanjaya dan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) UPSI. Bagi mengukuhkan jalinan kerjasama dengan UPSI, Suruhanjaya dan UPSI melalui FSK UPSI sedang membuat persiapan untuk merasmikan kerjasama ini melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengiktiraf pertalian sedia ada antara kedua belah pihak selain mengeratkan hubungan kerjasama dalam bidang pendidikan dan hak asasi manusia. 2. LATIHAN UNTUK AGENSI PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG (a) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun ini, Suruhanjaya menerima undangan tetap dari Pusat Latihan Polis untuk menyampaikan ceramah berkaitan isu hak asasi manusia. Fokus utama bagi tahun ini adalah berkenaan isu tematik Suruhanjaya pada tahun 2014 iaitu kematian dalam tahanan polis. (b) Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Program latihan untuk pegawai dan anggota RELA telah dijalankan di Pusat Latihan RELA negeri Kedah, Melaka dan Terengganu. Untuk tahun 2014, sebanyak 31 sesi telah dijalankan di pusat latihan ini. Lebih kurang 150 orang pegawai dan anggota telah menghadiri kursus ini bagi setiap sesi. Suruhanjaya berpendapat bahawa program ini sangat penting bukan sahaja kerana RELA merupakan satu cabang penting agensi penguatkuasa, tetapi juga kerana anggotanya merangkumi orang awam. Penyebaran pengetahuan hak asasi manusia secara betul dan terus akan membantu anggota RELA dalam menjalankan tugas mereka dan, pada masa yang sama, sebagai rakyat biasa, mereka akan lebih terlibat dan lebih sedar akan kepentingan hak asasi manusia. 27

اختر الفقرة المستهدفة3