Isu-Isu Utama
Walaupun ada yang berhujah bahawa undang-undang bukanlah agen terbaik kepada perubahan,
ia tidak boleh menafikan hakikat bahawa undang-undang membentuk sikap, dan sikap
mempengaruhi tingkah laku. Berdasarkan perkara ini, Suruhanjaya percaya bahawa, seiring
dengan keazaman politik, penerimaan dan pelaksanaan cadangan Rang Undang-undang
Penyelarasan dan Keharmonian Nasional adalah perlu dalam mewujudkan satu persekitaran
perpaduan.
Suruhanjaya mengiktiraf tujuan Rang Undang-undang Penyelarasan dan Keharmonian
Nasional, yang mana ia adalah untuk melaksanakan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan
yang menyatakan keperluan Kerajaan serta aktor bukan Kerajaan untuk menegakkan prinsip
kesamarataan. Ia juga bertujuan untuk melarang diskriminasi yang tidak adil atas alasan
agama, bangsa, keturunan, tempat lahir, jantina dan kecacatan dalam pendidikan, politik,
ekonomi, sosial, budaya atau mana-mana bidang lain dalam kehidupan umum. Rang undangundang ini secara jelas memelihara hak keistimewaan yang diberikan kepada Bumiputera dan
pribumi di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kajian semula Suruhanjaya terhadap draf rang undang-undang ini, Suruhanjaya
mencadangkan untuk menyenaraikan ‘umur’ sebagai satu asas diskriminasi yang dilarang.
Undang-undang ini, jika digubal, boleh juga menjadi dorongan kepada penyertaan Kerajaan
terhadap pelbagai triti hak asasi manusia antarabangsa yang lain, khususnya ICCPR, Kovenan
Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR), dan ICERD.
(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)
Suruhanjaya telah menyatakan kebimbangannya terhadap penurunan Malaysia ke tahap
terendah, iaitu Tahap 3, oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam laporannya yang
bertajuk Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) 2014. Ini disebabkan kegagalan untuk mematuhi
sepenuhnya piawaian minimum untuk membanteras pemerdagangan orang di bawah
Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Amerika Syarikat 2000 (TVPA), walaupun dua
pengecualian berturut-turut telah diberikan kepada Malaysia pada 2012 dan 2013. Apa yang
membimbangkan Suruhanjaya adalah hasil penemuan Laporan ini yang menyatakan bahawa
usaha Malaysia dalam memerangi penyeludupan manusia dalam tiga aspek utama iaitu
pendakwaan, perlindungan dan pencegahan, tidak mencukupi atau memuaskan, dan beberapa
aspek telah ditekankan secara konsisten oleh Suruhanjaya melalui Laporan Tahunannya,
serta dialog dan perbincangan meja bulat bersama agensi Kerajaan yang berkaitan dan pihak
berkepentingan lain. Suruhanjaya juga amat konsisten dalam cadangannya kepada Kerajaan
termasuklah menyeru kepada pengukuhan mekanisme Negara dalam mendakwa pesalah,
melindungi mangsa pemerdagangan dan mencegah pemerdagangan orang, meningkatkan
hubungan serta kerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil dan pihak berkepentingan
yang lain dalam memerangi pemerdagangan orang, dan mewujudkan mahkamah khas bagi
mempercepatkan kes-kes yang berkaitan dengan pemerdagangan orang.
Suruhanjaya berbesar hati dengan pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi pada bulan Oktober bahawa mahkamah khas akan ditubuhkan
bagi mendengar dan mempercepatkan kes-kes di bawah ATIPSOM. Suruhanjaya akan terus
memantau dalam merealisasikan penubuhan mahkamah khas tersebut.
16