Isu-Isu Utama Malaysia telah menerima 150 syor, 113 diterima secara penuh, 22 diterima secara prinsip dan 15 diterima secara bahagian. Malaysia tidak menyokong 83 syor berkenaan perubahan pada undang-undang yang sedang beroperasi, serta peraturan dan polisi yang belum bersedia untuk dilaksanakan pada ketika ini. Antara syor yang diterima sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia adalah berkenaan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, terutamanya pembasmian kemiskinan, akses kepada pendidikan dan kesihatan, penambahbaikan status hak wanita dan kesaksamaan gender serta menghapuskan pemerdagangan orang. Kerajaan juga menyokong syor untuk memperkasakan mekanisme hak asasi manusia nasional, promosi dan perlindungan hak asasi kanak-kanak dan orang kurang upaya dan juga akses pekerja asing kepada keadilan. Suruhanjaya mengharapkan agar Kerajaan Malaysia mempertimbangkan syor ini secara positif dan seterusnya menerimanya sebanyak mungkin untuk memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan hak asasi manusia di peringkat nasional. Namun begitu, Suruhanjaya kesal kerana syor berkenaan penyertaan kepada triti utama hak asasi manusia, pembaharuan perundangan dan pemansuhan hukuman mati tidak disokong oleh Kerajaan. Suruhanjaya berasa gusar kerana ini akan menghindar Negara daripada memperbaiki rekod hak asasi manusia di samping menghalang Malaysia daripada mencapai status negara maju pada penghujung dekad ini. Suruhanjaya juga kesal kerana Kerajaan tidak menyokong enam syor utama berkenaan Orang Asal, terutamanya syor yang berkaitan dengan hak kepada tanah yang mana ianya selari dengan syor-syor yang terkandung di dalam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli di Malaysia. 9. KEBEBASAN BERHIMPUN Merujuk kepada perhimpunan awam, Suruhanjaya menyatakan harapan agar keseimbangan hak di antara kumpulan-kumpulan berbeza yang terlibat di dalam tunjuk perasaan aman akan dapat dicapai. Walaupun pihak polis mempunyai kuasa berhubung pengawasan sesuatu tunjuk perasan, Suruhanjaya berharap agar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut, amalan terbaik serta norma antarabangsa mengenai kebebasan berhimpun dapat dipatuhi. Suruhanjaya juga berharap agar semua tunjuk perasaan dianggap sebagai aman melainkan jika terdapat bukti yang jelas dan meyakinkan bahawa penganjur atau peserta berniat untuk menggunakan atau mendorong kepada keganasan dan berkemungkinan keganasan akan berlaku. 10. KAJIAN SEMULA UNDANG-UNDANG Pada 2014, Suruhanjaya telah membuat beberapa pemerhatian terhadap beberapa cadangan untuk memperkenalkan dan/atau menggunapakai undang-undang kontroversi tertentu, seperti berikut. 14

اختر الفقرة المستهدفة3