Isu-Isu Utama
iii.
untuk menambahbaik dan memperkukuhkan infrastruktur dan fasiliti untuk siasatan
yang lebih efektif;
iv.
Untuk mengenalpasti amalan terbaik di negara-negara lain yang menyumbang kepada
pengurangan kematian dalam tahanan; dan
v.
Untuk membangunkan satu modul latihan berdasarkan hasil penemuan dan syor-syor
dalam menyampaikan maklumat yang releven kepada pihak polis.
Laporan kaji selidik Suruhanjaya ini, yang dijangka akan siap pada tahun 2015, akan
menggariskan punca-punca yang membawa kepada kematian dalam tahanan; pemerhatian
dan hasil dapatan Suruhanjaya kepada isu-isu; serta syor-syor yang bersesuaian sebagai
langkah untuk mengurangkan kematian dalam tahanan.
4. HAK KEPADA KESIHATAN DI PENJARA
Kajian tematik kedua Suruhanjaya, adalah berkenaan hak kesihatan di penjara, yang
dijalankan dengan objektif keseluruhan untuk memastikan keadaan penjara di dalam negara
ini berasaskan perlembagaan dan konsisten dengan piawaian kesihatan, keselamatan dan
martabat kemanusiaan dalam mencapai sistem keadilan jenayah yang menghormati hak-hak
individu.
Kajian ini berpandukan Prinsip Asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Layanan
Terhadap Banduan (1990) yang menetapkan bahawa “banduan hendaklah diberikan akses
kepada perkhidmatan kesihatan yang ada di negara tanpa diskriminasi berdasarkan kepada
status perundangan mereka” (Prinsip 9, A/RES/45/111). Metodologi penyelidikan meliputi
pengumpulan data yang berkaitan melalui kajian dan penelitian semula amalan dan prosedur
penjara yang releven kepada hak kepada kesihatan. Dalam menjalankan kajian ini, Suruhanjaya
telah melawat 24 buah penjara dan menemubual seramai 5,484 orang banduan (lelaki dan
wanita), 893 orang kakitangan penjara dan 51 orang pembantu perubatan.
Pada masa ini, data yang dikumpul sedang disusun dan dianalisis. Laporan penuh berkenaan
keadaan kesihatan di penjara Malaysia serta syor-syor termasuk amalan terbaik antarabangsa
akan diterbitkan pada tahun 2015.
5. PENDIDIKAN HAK ASASI DI SEKOLAH
Menyedari bahawa sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai dan memupuk nilainilai hak asasi manusia untuk generasi akan datang, Suruhanjaya, bersama Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), pada tahun 2008 telah memperkenalkan Amalan Terbaik Hak
Asasi Manusia (ATHAM). Program ATHAM direka untuk mengintegrasikan nilai dan prinsip hak
asasi manusia di dalam sistem sekolah, dan ia telah diperluaskan ke 138 sekolah awam dan 93
sekolah Orang Asli pada tahun 2014. Beberapa orang guru telah dilatih sebagai Jurulatih Utama
untuk memimpin dan melatih guru-guru lain berkenaan program ini. Suruhanjaya mendapati
10