Ringkasan Eksekutif
dan ‘Perkhidmatan Penjagaan untuk Warga Emas dan Sokongan kepada Penjaga’. Pada
masa yang sama, RPDD masih meneruskan tugasan utamanya yang berkaitan dengan triti
teras antarabangsa yang belum diratifikasi; pemantauan pelaksanaan triti antarabangsa oleh
Negara; penarikan semula reservasi dan penyertaan kepada protokol pilihan; serta bidangbidang seperti hak kepada kesihatan dan HIV/AIDS dan antipemerdagangan orang.
RPDD telah memulakan kerja untuk membentuk kerangka Pelan Tindakan Hak Asasi
Manusia dan Perniagaan Nasional pada bulan Julai 2014, dan sejak itu telah menganjurkan
perbincangan meja bulat (PMB) dengan perancangan untuk mengadakan temubual bersama
pihak berkepentingan yang berkaitan sebagai sebahagian daripada proses rundingan pada
tahun berikutnya. Projek yang dibiayai oleh Pejabat Luar Negeri dan Komanwel (FCO) ini
dijangka selesai sekitar Mac 2015.
Bahagian Koordinasi Antarabangsa telah membantu Suruhanjaya dalam tugasnya di lapangan
serantau dan antarabangsa menerusi penyertaan dalam aktiviti dan mesyuarat yang dianjurkan
oleh Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa bagi Institusi-institusi Nasional untuk Promosi
dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC) dan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC). Ini merupakan
tambahan kepada tugas Suruhanjaya sebagai Pengerusi Forum Komanwel NHRI (CFNHRI)
dan Forum NHRI Asia Tenggara (SEANF) serta keahlian Suruhanjaya dalam Forum NHRI Asia
Pasifik (APF).
Suruhanjaya mengakhiri tempohnya sebagai anggota Biro ICC pada tahun 2014 selepas
berkhidmat selama dua penggal untuk tempoh lima tahun. Sebagai NHRI dengan tauliah ‘A
Status’, Suruhanjaya diberikan hak penyertaan rasmi di Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
LAPORAN PEJABAT SABAH
Sehingga hujung 2014, sebanyak 279 aduan telah diterima oleh Pejabat Suruhanjaya di Kota
Kinabalu, Sabah. Hal tanah, isu kewarganegaraan dan masalah sijil kelahiran merupakan perkara
utama bagi kebanyakan aduan yang dikemukakan kepada Pejabat Sabah. Pejabat Sabah turut
membantu di dalam kajian tematik Suruhanjaya mengenai ‘Hak Kepada Kesihatan di Penjara’
dan ‘Kematian dalam Tahanan Polis’ serta program HIV/AIDS dan Penilaian Penggalan Sejagat
(UPR). Ia juga mengadakan lawatan ke tempat tahanan termasuklah penjara, pusat tahanan
imigresen dan lokap polis bagi memantau kemudahan di fasiliti tersebut dan mengadakan sesi
latihan bersama agensi penguatkuasa.
LAPORAN PEJABAT SARAWAK
Tahun ini Pejabat Suruhanjaya di Kuching, Sarawak menerima 29 aduan di mana tujuh adalah
berkaitan dengan hak tanah adat anak negeri. Pejabat Sarawak turut mengadakan ceramah
berkenaan hak asasi manusia kepada golongan masyarakat yang lemah, dan membuat
lawatan ke tempat tahanan, rumah orang tua, institusi kanak-kanak dan pusat pemulihan
dalam masyarakat. Kunjungan hormat turut dianjurkan ke pelbagai agensi Kerajaan bagi
memperkukuhkan lagi jalinan kerja antara kedua-dua belah pihak.
7