Ringkasan Eksekutif berkepentingan. Ini termasuklah pengumuman awam Laporan Tahunan Suruhanjaya 2013, Majlis Anugerah Hak Asasi Manusia 2014 dan Kejohanan Debat Hak Asasi Manusia. Selain itu, Suruhanjaya telah menerima kunjungan daripada pelbagai delegasi seperti Pelapor Khas PBB serta beberapa buah NHRI dan organisasi lain. Suruhanjaya turut membantu mengendalikan wawancara media, mengeluarkan kenyataan media dan memberi maklum balas mengenai isu hak asasi manusia yang mendapat perhatian awam. LAPORAN KUMPULAN ADUAN, PEMANTAUAN DAN INKUIRI Sehingga hujung tahun, Bahagian Aduan dan Pemantauan (CMD) telah menerima 717 aduan berkenaan pencabulan hak asasi manusia, yang mana ianya menunjukkan peningkatan sebanyak 93 aduan berbanding tahun sebelumnya. 448 (63%) daripada aduan diterima adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya. Sebagai respon kepada pelbagai aduan yang diterima berhubung kematian dalam tahanan dan keadaan kesihatan di penjara, CMD telah memulakan kajian ke atas dua bidang berkenaan dengan tujuan untuk mengemukakan hasil dan syor kepada agensi berkaitan untuk penyelesaian. Tahun ini, CMD telah mewakili Suruhanjaya sebagai peguam pemerhati dalam tiga kes iaitu berkenaan hak kanak-kanak dan kebebasan untuk bersuara. CMD juga telah memantau empat perhimpunan awam yang mana tiada insiden tidak diingini berlaku. Walau bagaimanapun, satu aduan telah diterima daripada dua organisasi awam berhubung insiden semasa dan selepas demonstrasi anti-Lynas. Tahun ini, CMD juga turut mengadakan lawatan sama ada sebagai respon kepada aduan yang diterima atau atas inisiatif Suruhanjaya sendiri, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4(2)d Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Bagi memenuhi keperluan latihan para pegawainya, CMD telah membantu mengendalikan dua program pembangunan kapasiti bersama dengan Forum Asia Pacific (APF) dan Sekretariat Komanwel. Berikutan penubuhan Pasukan Petugas Khas oleh Kerajaan pada bulan Ogos 2013 untuk mengkaji semula penemuan dan syor Laporan Hak NI, Bahagian Inkuiri (ID) telah ditugaskan oleh Suruhanjaya untuk membuat tindakan susulan dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi mendapatkan progres Pasukan Petugas Khas tersebut. Sementara menunggu laporan Pasukan Petugas Khas, ID telah menangguhkan aktiviti susulannya bagi membolehkan Pasukan Petugas Khas membincangkan dan merangka strategi untuk melaksanakan pelan cadangan dan syor NI bagi manfaat Orang Asal. Walaupun demikian, Suruhanjaya mengambil maklum bahawa Kerajaan tidak menyokong cadangan yang berkaitan dengan hak tanah Orang Asal semasa sesi UPR di Geneva pada 24 Oktober 2013. LAPORAN KUMPULAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DASAR Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar (RPDD) telah selesai menjalankan kajian tematik yang bertajuk ‘Hak kepada Pendidikan bagi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran’ 6

اختر الفقرة المستهدفة3