Perutusan Pengerusi rundingan dan juga penyerahan satu kertas pandangan yang mengetengahkan isu dan syor Suruhanjaya kepada YB Puan Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seperti yang telah acapkali dibangkitkan sebelum ini, Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah penting bagi Kerajaan untuk menyelesaikan isu mengenai hak tanah Orang Asal di negara kita. Suruhanjaya mengambil maklum bahawa Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk mengkaji Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/ Asli (Laporan NI) telah mengemukakan laporannya kepada Menteri pada 10 September 2014. Sementara menantikan perkembangan lanjut perkara ini, Suruhanjaya mengulangi seruannya agar Kerajaan mengendalikan perkara ini dengan segera dan memastikan pelaksanaan awal dan efektif bagi syor-syor yang terkandung dalam Laporan NI Suruhanjaya demi memperbaiki nasib Orang Asal yang menaruh harapan dan ekspektasi tinggi terhadap hasil Inkuiri Nasional. Sejak 13 tahun yang lalu, Suruhanjaya tidak pernah gagal mengemukakan Laporan Tahunannya kepada Parlimen seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Walau bagaimanapun, tiada satu pun daripada laporan tersebut pernah dibahaskan di Parlimen. Laporan Tahunan Suruhanjaya merupakan satu dokumen penting yang mencerminkan realiti situasi hak asasi manusia di lapangan. Sekiranya Laporan ini langsung tidak dibahaskan, Parlimen akan gagal dalam menangani isu-isu penting yang diketengahkan oleh Suruhanjaya dalam Laporan Tahunannya dalam memenuhi mandat dan misi memperbaiki keadaan hak asasi manusia di negara ini. Dalam memenuhi cabaran dan pencapaian utama Suruhanjaya ini, saya ingin mengiktiraf sumbangan yang besar dan berterusan oleh rakan-rakan Pesuruhjaya saya, dan juga Setiausaha dan kakitangan Suruhanjaya yang telah menunjukkan iltizam dan semangat bersungguh-sungguh mereka terhadap perjuangan hak asasi manusia. Adalah merupakan satu penghormatan bagi saya untuk bekerja dengan mereka untuk penggal yang kedua. Dan saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka atas usaha gigih dan sokongan yang diberikan kepada Suruhanjaya selama ini. Saya amat berterima kasih kepada Naib-Pengerusi Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhjaya Prof Dato’ Dr Aishah Bidin atas sumbangan dan bimbingan mereka dalam memandu Jawatankuasa Laporan Tahunan Suruhanjaya dan dalam memastikan penyiapan Laporan ini menepati waktu. Saya menyambut tahun akan datang dengan harapan untuk melihat negara ini berkembang lebih cepat dalam bidang hak asasi manusia, selaras dengan kedudukan dan tanggungjawab baru negara dalam Majlis Keselamatan PBB dan sebagai Pengerusi ASEAN, yang mana di bawah pengawasannya, ASEAN dijangka akan berkembang sepenuhnya menjadi Komuniti Negara-negara Asia Tenggara. TAN SRI HASMY AGAM Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 4

اختر الفقرة المستهدفة3