Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam 4. HAK ASASI MANUSIA DAN SENI Pada bulan November, Suruhanjaya untuk julung kalinya berjaya menerbitkan komik hak asasi manusia yang terdiri daripada enam cerita menarik yang berkisar tentang prinsipprinsip CRC. Suruhanjaya merancang untuk melancarkan komik tersebut pada awal 2015 dan mengedarkannya kepada kanak-kanak sekolah sebagai alat pendidikan untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap nilai yang termaktub di dalam CRC. 5. CERAMAH DAN PAMERAN Suruhanjaya telah meneruskan program kemasyarakatannya iaitu ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti akar umbi mengenai kerja Suruhanjaya dan juga untuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat tentang isu hak asasi manusia. Ini telah diadakan di Sabak Bernam, Selangor (5 Mac), Slim River, Perak (16 Jun), Sri Aman (19 Ogos) dan Lundu (24 September) di Sarawak dan Bachok, Kelantan (3 November). Suruhanjaya telah dijemput oleh tiga institusi pengajian tinggi iaitu Taylor’s University, Universiti Kolej KDU dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menyampaikan ceramah mengenai isu hak asasi manusia dan juga untuk mengadakan pameran di kampus mereka, masing-masing pada 29 Mei, 2 Oktober, dan 3-4 Disember. Suruhanjaya juga telah dijemput oleh Persatuan Undang-undang UM untuk menganjurkan gerai pameran pada 12 Disember bersempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia. 6. KUNJUNGAN HORMAT (a) Lawatan dari Delegasi Dalam dan Luar Negara Suruhanjaya telah menerima kunjungan dari 28 delegasi dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada NGO, agensi PBB, universiti, NHRI serta misi diplomatik. Lawatan utama yang diterima adalah seperti yang dirumuskan berikut: TARIKH BUTIRAN 4 Mac Suruhanjaya telah dilawati bekas Pengerusi Jawatankuasa PBB Mengenai Hak Kanak-kanak (Jawatankuasa CRC) Prof Jaap E. Doek dan wakil dari UNICEF bagi membincangkan isu yang melibatkan kerja advokasi Suruhanjaya berkaitan hak kanak-kanak serta laporan bebas Suruhanjaya kepada Jawatankuasa CRC. 26 Mac Suruhanjaya dikunjungi oleh Encik Chris Duggan dari Pejabat Kebebasan Beragama Kanada serta wakil dari Suruhanjaya Tinggi Kanada. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk berkongsi pendapat mengenai isu berkaitan kebebasan beragama serta penggalakan pluralisme dan toleransi di negara masing-masing. 34

اختر الفقرة المستهدفة3