Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
vi.
Anugerah Khas
Anugerah ini diberikan kepada Hafrulidzwan Mohd Isa atas usahanya yang berterusan
dalam mempromosi amalan terbaik hak asasi manusia dan kesedaran terhadap CRC di
kalangan warga sekolah.
Anggota Suruhanjaya bersama penerima Anugerah Hak Asasi Manusia 2014
3. SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA
Pada 10 Disember, sempena memperingati Hari Hak Asasi Manusia, Pasukan Negara PBB di
Malaysia (UNCT), dengan kerjasama Suruhanjaya, Global Movement of Moderates Foundation
(GMMF), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia Malaysia (PROHAM) dan juga Majlis Peguam,
telah menganjurkan Minggu Hak Asasi Manusia, yang merupakan suatu siri aktiviti bagi
memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia. Semua acara yang
dijalankan berkisarkan tema ‘Hak Asasi Manusia 365’ bagi mencerminkan idea bahawa setiap
hari adalah Hari Hak Asasi Manusia.
Minggu Hak Asasi Manusia telah dilancarkan oleh YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan,
Menteri yang Bertanggungjawab bagi Tadbir Urus,
Hak Asasi Manusia dan Integriti pada 8 Disember
Perbincangan panel ini
di Institut Integriti Malaysia (IIM). Ini diikuti oleh
memberikan peluang kepada
satu Perbincangan Panel Antara Agama yang
bertemakan ‘Harmony in Diversity: A Human Rights
ahli panel dan peserta
daripada agama yang berbeza Approach’. Majlis ini telah dihadiri oleh 200 orang
peserta yang terdiri daripada ahli misi diplomatik,
untuk berkongsi pendapat
penjawat awam, ahli badan bukan kerajaan, wakil
agensi-agensi PBB dan pihak media.
mereka mengenai isu dan
cabaran yang dihadapi oleh
Malaysia dalam memelihara
keharmonian negara di
kalangan komunitinya yang
majmuk dari segi bangsa,
budaya dan agama.
32
Perbincangan Panel tersebut telah dipengerusikan
oleh Dato’ Saifuddin Abdullah selaku CEO GMMF,
dan menampilkan empat ahli panel iaitu Dr Ayang
Utriza Yakin, Ulama Islam antarabangsa; Reverend
Julian Leow, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala
Lumpur; Sister Barbara Yen dari Buddhist Maha
Vihara; dan Prof Dr Suresh Kumar A/L P Govind,
Presiden Majlis Pusat Sathya Sai Baba Malaysia.