Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam talian dan penyiaran yang telah menerbitkan atau menghasilkan laporan/dokumentari/ program hak asasi manusia yang penting. • Anugerah Agensi Kerajaan diberikan kepada agensi Kerajaan Malaysia atau badan berkanun yang telah menunjukkan amalan terbaik hak asasi manusia dalam pelaksanaan dasar dan peraturan serta program dan perkhidmatannya. • Anugerah Entiti Perniagaan diberikan kepada entiti perniagaan yang telah menunjukkan amalan terbaik hak asasi manusia dalam menyampaikan perkhidmatan dan menguruskan aktiviti perniagaannya. (b) Penerima Anugerah 2014 Mendiang Irene Fernandez dianugerahkan atas usahanya yang tidak kenal erti penat lelah dalam mempertahankan hak golongan terpinggir termasuklah pekerja tempatan dan asing, wanita serta pelarian. i. Anugerah Individu Mendiang Irene Fernandez dianugerahkan atas usahanya yang tidak kenal erti penat lelah dalam mempertahankan hak golongan terpinggir termasuklah pekerja tempatan dan asing, wanita serta pelarian. ii. Anugerah Organisasi/ Kumpulan Sarawak Women for Women Society (SWWS) dianugerahkan atas usaha mereka dalam mempromosi kesaksamaan wanita dan menghapuskan segala penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak, serta memperkasakan remaja wanita di kawasan luar bandar di Sarawak. iii. Anugerah Media Dua orang wartawan iaitu Wan Noor Hayati Wan Alias dan Elantiraian Perumal, masingmasing dari akhbar Berita Harian dan The Star, telah diiktiraf dengan Anugerah Media Cetak berdasarkan laporan penyiasatan mereka serta keberanian dalam mendedahkan pencabulan hak asasi manusia yang menjejaskan hak golongan akar umbi. Radio BFM89.9 diiktiraf dalam kategori media penyiaran kerana telah menunjukkan kewartawanan yang adil dan seimbang dalam melaporkan tentang komuniti, keadilan sosial serta isu hak asasi manusia yang menjadi perhatian awam. iv. Anugerah Agensi Kerajaan Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia diiktiraf atas inisiatif sukarela mereka dalam menyediakan pendidikan tidak formal bagi kanak-kanak tidak berwarganegara di Pulau Berhala, Sandakan sejak tahun 2009. v. Anugerah Entiti Perniagaan DiB Coffees of Hawaii diiktiraf kerana menyediakan peluang pekerjaan dan peluang pembentukan kendiri yang saksama untuk golongan pekak dalam usaha positifnya ke arah memajukan pendekatan perniagaan yang berteraskan hak asasi manusia. 31

اختر الفقرة المستهدفة3