Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Antara isu utama yang dibincangkan adalah berkenaan kematian dalam tahanan polis, tangkapan dan penahanan oleh pihak berkuasa, hasil dapatan Suruhanjaya berdasarkan lawatan berkala ke pusat tahanan, kebajikan kanak-kanak di pusat tahanan, pemerdagangan orang, pemantauan perhimpunan awam, inkuiri awam Suruhanjaya berkenaan insiden BERSIH, hak asasi manusia dan perniagaan, pelaksanaan Malaysia terhadap obligasi di bawah Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), penyertaan terhadap triti teras hak asasi manusia, kajian semula undang-undang, Penilaian Penggalan Sejagat (UPR), Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP), cadangan pindaan Akta SUHAKAM, jemputan kepada Pelapor Khas PBB, resolusi mengenai NHRI, Forum Komanwel Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (CFNHRI) dan Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR). Sesi kedua pula dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada wakil KPM, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan Kementerian Sumber Manusia. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Sementara menunggu perbahasan penuh di Parlimen mengenai Laporan Tahunannya, Suruhanjaya menganggap sesi dialog sebegini satu pendekatan yang berguna untuk menumpukan perhatian Kerajaan kepada isu dan cadangan utama yang dibangkitkan dalam Laporan Tahunan tersebut. 2. ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2014 Pada 9 September, sempena memperingati tahun keempat belas penubuhannya, Suruhanjaya telah mengadakan satu majlis untuk memberi penghormatan kepada lapan pemenang Anugerah Hak Asasi Manusia 2014 atas sumbangan cemerlang mereka dalam pelbagai bidang hak asasi manusia di Malaysia. (a) Pencalonan Suruhanjaya menerima sejumlah 32 pencalonan untuk lima kategori: 30 • Anugerah Individu diberikan kepada individu (berumur di atas 21 tahun) dan remaja (berumur sehingga 21 tahun) yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam mempromosi hak asasi manusia dalam komuniti, atas dasar bukan untuk keuntungan. • Anugerah Organisasi/Kumpulan diberikan kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berdaftar dan kumpulan advokasi tidak berdaftar yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam mempromosi hak asasi manusia dalam komuniti, atas dasar bukan untuk keuntungan. • Anugerah Media diberikan kepada tiga individu dan/atau agensi dari media cetak, dalam

اختر الفقرة المستهدفة3