Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam II. BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM Seorang kanak-kanak, seorang guru, sebatang pen dan senaskhah buku mampu mengubah dunia. Pendidikan adalah satu-satunya jalan penyelesaian. Dahulukan pendidikan. Malala Yousafzai Aktivis Pakistan untuk pendidikan bagi wanita dan Penerima Hadiah Nobel Suruhanjaya mengekalkan kerjasama berterusan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuklah agensi Kerajaan, institusi hak asasi manusia nasional (NHRI), badan bukan Kerajaan (NGO), agensi PBB, institusi pengajian tinggi dan media. Sepanjang tahun, Suruhanjaya telah mengadakan tiga acara utama, iaitu pengumuman awam Laporan Tahunan 2013, majlis Anugerah Hak Asasi Manusia kali keempat dan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Suruhanjaya terus menghebahkan pandangannya mengenai isu hak asasi manusia yang menimbulkan pertikaian, dengan memberi kenyataan media (lihat Lampiran I), mengadakan sidang media, memberi maklum balas terhadap pertanyaan media, serta penglibatan dalam wawancara media. 1. PENGUMUMAN AWAM LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA 2013 Pada 25 April, Suruhanjaya telah mengadakan sidang media berkenaan pengumuman awam Laporan Tahunan Suruhanjaya 2013. Antara isu utama yang dibangkitkan oleh pihak media adalah berkenaan dengan Laporan Inkuiri Nasional oleh Suruhanjaya, aduan yang diterima sepanjang tahun 2013, kematian dalam tahanan, lawatan berkala Suruhanjaya ke pusat tahanan dan perkembangan terbaru penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen Tetap Mengenai Hak Asasi Manusia. Pada 27 November, Suruhanjaya juga telah mengadakan dua sesi dialog bersama agensi Kerajaan yang berkaitan untuk membincangkan Maklum Balas Kerajaan terhadap isu dan cadangan yang terkandung dalam Laporan Tahunan Suruhanjaya. Sesi pertama dihadiri oleh 35 orang wakil dari Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU), PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kesihatan dan JAKOA. 29

اختر الفقرة المستهدفة3