Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam (c) Jabatan Penjara Pada tahun ini, Suruhanjaya meneruskan program kesedaran hak asasi manusia dengan kerjasama Jabatan Penjara. Jabatan Penjara telah menunjukkan iltizam yang kukuh dalam memastikan anggotanya mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi berkenaan prinsip hak asasi manusia. Suruhanjaya telah menjalankan sepuluh kursus hak asasi manusia yang disesuaikan untuk setiap peringkat jawatan di Jabatan Penjara. Kursus ini dibahagikan kepada tiga peringkat: asas, pertengahan dan lanjutan. Seramai 150 orang pegawai daripada pelbagai peringkat jawatan telah menghadiri kursus ini. Walaupun isu tematik bagi tahun 2014 adalah berkenaan hak kesihatan banduan, kursus ini juga turut merangkumi isu hak asasi manusia yang lain seperti hak kanak-kanak dan wanita serta pengenalan kepada instrumen hak asasi manusia antarabangsa. 3. PENDIDIKAN KOMUNITI (a) Road Show Sepanjang tahun 2014, Bahagian Pendidikan telah mengadakan sesi program ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ di beberapa lokasi. Antara lain, tujuan program ini adalah untuk menjelaskan fungsi Suruhanjaya dan sekaligus memperkenalkan Suruhanjaya kepada masyarakat setempat. Program ini tertumpu kepada perkongsian isu hak asasi manusia terutamanya yang dihadapi oleh masyarakat awam. Masyarakat juga berpeluang untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya berkenaan masalah yang dihadapi. Jadual 2: Lokasi Program ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ pada tahun 2014 NO LOKASI TARIKH 1. Sabak Bernam, Selangor 5 Mac 2. Slim River, Perak 16 Jun 3. Bachok, Kelantan 3 November (b) Islam dan Hak Asasi Manusia Suruhanjaya telah mengadakan seminar bertajuk ‘Islam dan Hak Asasi Manusia’ pada 3 November di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Objektif utama program ini adalah untuk mengenalpasti isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan Islam, serta membincangkan dan membuat cadangan berkenaan isu tersebut kepada agensi berkaitan. Seramai 120 orang peserta telah menghadiri program ini, termasuk para pegawai dari pelbagai jabatan Kerajaan, ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri, wakil NGO, pengetua sekolah agama, dan ketua masyarakat. Pelbagai isu mengenai prinsip dan nilai Islam telah dibincangkan dan acara ini telah membuka peluang untuk para peserta dan Suruhanjaya untuk bertukar pandangan. 28

اختر الفقرة المستهدفة3