Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
bagi pelajar tahun pertama dan tahun ketiga, pada 25 Mac. Ceramah ini dianjurkan
dengan kerjasama Kelab PBB, Fakulti Undang-Undang UKM.
iii.
Ceramah berkenaan ’Hak Asasi Manusia untuk Pelajar IPT’ di Universiti Teknologi
MARA (UiTM) Terengganu Kampus Dungun, pada 29 April.
iv.
Lawatan ke penempatan Orang Asli oleh pensyarah dan pelajar Taylor’s University
yang dianjurkan oleh Suruhanjaya dan NGO Orang Asli bagi membolehkan para pelajar
melihat dan merasai sendiri isu-isu yang melibatkan Orang Asli.
v.
Suruhanjaya telah dijemput oleh beberapa IPT swasta seperti Taylor’s University
dan Kolej Damansara Utama (KDU) untuk mengadakan pameran bagi mempromosi
program Suruhanjaya dan juga menyebarkan maklumat berkenaan hak asasi manusia.
vi.
Bengkel hak asasi manusia untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Moral,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 18 Mei. Bengkel ini diadakan melalui
kerjasama Suruhanjaya dan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) UPSI.
Bagi mengukuhkan jalinan kerjasama dengan UPSI, Suruhanjaya dan UPSI melalui
FSK UPSI sedang membuat persiapan untuk merasmikan kerjasama ini melalui
penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengiktiraf pertalian sedia
ada antara kedua belah pihak selain mengeratkan hubungan kerjasama dalam bidang
pendidikan dan hak asasi manusia.
2. LATIHAN UNTUK AGENSI PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG
(a) Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Tahun ini, Suruhanjaya menerima undangan tetap dari Pusat Latihan Polis untuk menyampaikan
ceramah berkaitan isu hak asasi manusia. Fokus utama bagi tahun ini adalah berkenaan isu
tematik Suruhanjaya pada tahun 2014 iaitu kematian dalam tahanan polis.
(b) Ikatan Relawan Rakyat (RELA)
Program latihan untuk pegawai dan anggota RELA telah dijalankan di Pusat Latihan RELA
negeri Kedah, Melaka dan Terengganu. Untuk tahun 2014, sebanyak 31 sesi telah dijalankan
di pusat latihan ini. Lebih kurang 150 orang pegawai dan anggota telah menghadiri kursus ini
bagi setiap sesi.
Suruhanjaya berpendapat bahawa program ini sangat penting bukan sahaja kerana RELA
merupakan satu cabang penting agensi penguatkuasa, tetapi juga kerana anggotanya
merangkumi orang awam. Penyebaran pengetahuan hak asasi manusia secara betul dan terus
akan membantu anggota RELA dalam menjalankan tugas mereka dan, pada masa yang sama,
sebagai rakyat biasa, mereka akan lebih terlibat dan lebih sedar akan kepentingan hak asasi
manusia.
27