Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
huruf. Suruhanjaya mendapati kanak-kanak komuniti ini jarang menghadiri sekolah walaupun
pengangkutan disediakan oleh JAKOA. Alasan yang diberikan ialah mereka sering dibuli dan
tidak diterima baik oleh kanak-kanak lain di sekolah arus perdana. Orang Kanaq pada dasarnya
sangat pemalu dan pasif. Bilangan kanak-kanak yang menghadiri sekolah, berdasarkan
statistik yang diberikan oleh JAKOA Kota Tinggi, adalah: 3/6 (tahap tadika); 6/16 (tahap rendah)
dan 0/27 (tahap menengah). Mereka kerap tidak hadir ke sekolah.
Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa masyarakat ini tidak lagi mengamalkan sebahagian
besar tradisi Orang Asli, yang bermaksud suku ini kian hilang pengetahuan tradisi mereka
seperti budaya, seni dan kraftangan, perubatan, nilai-nilai dan kepercayaan.
(d) Sekolah Agama Rakyat (SAR)
Bagi meneruskan usahanya untuk membiasakan guru
dan pentadbir SAR dengan prinsip hak asasi manusia,
Suruhanjaya telah menjalankan empat bengkel
Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk guru SAR pada tahun
2014. Suruhanjaya juga telah melawat SAR yang terletak
di Semenanjung untuk memerhatikan masalah yang
dihadapi mereka.
Pelajar SAR juga
harus diberi
peluang yang sama
untuk mendapatkan
pendidikan yang
disediakan oleh
Kerajaan
Walaupun Suruhanjaya dimaklumkan yang banyak
SAR kini telah didaftarkan di bawah KPM, berdasarkan
pemerhatiannya Suruhanjaya mendapati masih terdapat
banyak jurang yang perlu dirapatkan. Contohnya,
kemudahan pengajaran dan pembelajaran masih tidak mencukupi. Terdapat sekolah yang tidak
mempunyai kemudahan IT, manakala asrama, kemudahan sukan, bangunan, tandas dan bilik
mandi, bengkel kemahiran hidup dan lain-lain kemudahan pula telah usang, tidak mencukupi
atau perlu dibaiki atau diganti. Terdapat juga aduan bahawa SAR yang telah berdaftar dengan
KPM tidak menerima bantuan buku teks dan ini telah menjejaskan pembelajaran murid-murid
di sekolah berkenaan.
Sewaktu lawatannya, Suruhanjaya telah menemubual sebilangan guru dan murid tentang
peluang murid yang ingin melanjutkan pelajaran di luar sistem SAR. Suruhanjaya telah
dimaklumkan bahawa ada murid dengan keputusan yang sangat baik dalam peperiksaan
awam yang telah dinafikan kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Ini dikatakan berpunca
daripada polisi tidak rasmi yang memberi keutamaan kepada murid dari sekolah aliran perdana
semasa proses penempatan dijalankan. Sekiranya benar, amalan ini adalah salah satu bentuk
diskriminasi kerana pelajar SAR juga harus diberi peluang yang sama untuk mendapatkan
pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan.
Pengenalan kurikulum DINI pada tahun 2015 nanti menjadi satu kebimbangan bagi komuniti
SAR oleh sebab terdapat kekurangan guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk
mengajar mata pelajaran di bawah program ini. Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa agensi
yang bertanggungjawab masih belum menjalankan latihan kepada guru-guru yang terlibat
dalam program ini dan universiti-universiti masih belum memasukkan DINI ke dalam sukatan
25