Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
Merenung masa hadapan
Suruhanjaya dimaklumkan bahawa KPM telah menghentikan pelaksanaan kurikulum alternatif
iaitu Kurikulum Asli Penan (KAP) yang diperkenalkan pada tahun 2006 kepada 20 buah sekolah.
Tujuan KAP ini adalah untuk membantu Sekolah Orang Asli yang tidak menunjukkan prestasi
yang memuaskan, terutamanya dari segi kehadiran
murid dan penguasaan kemahiran membaca
KPM perlu memberikan
dan mengira berdasarkan konteks setempat.
Suruhanjaya berpendapat bahawa suatu kurikulum
perhatian yang serius
khas patut dikekalkan supaya kanak-kanak Orang
kepada pengajaran dan
Asli yang serba kekurangan boleh mencapai
pembelajaran bahasa
potensi mereka yang sepenuhnya. Suruhanjaya
juga berpendapat bahawa KPM perlu memberikan
dan pengetahuan Orang
perhatian yang serius kepada pengajaran dan
Asli sebagaimana yang
pembelajaran bahasa dan pengetahuan Orang Asli
diperuntukkan dalam
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 14
dan Artikel 15 Deklarasi PBB Mengenai Hak Orang
Perkara 14 dan Perkara
Asal (UNDRIP).
15 Deklarasi PBB
Mengenai Hak Orang
Asal (UNDRIP)
Suruhanjaya telah membuat pemerhatian bahawa
tidak ada sekolah di beberapa penempatan Orang
Asli seperti di Pos Gob dan Pos Hau di Kelantan
serta di Kampung Selauh, Perak, walaupun terdapat
kanak-kanak yang sudah patut bersekolah. Sebagai pelengkap kepada sekolah Kerajaan,
Suruhanjaya berpendapat yang JAKOA dan KPM juga perlu mempertimbangkan penubuhan
Sekolah Komuniti di penempatan di mana tiada sekolah disediakan. Sekolah Komuniti ini
sedikit sebanyak boleh memperkenalkan dan memperkembangkan kemahiran membaca dan
mengira di samping mengajar seni dan budaya termasuk bahasa Orang Asli yang digunakan di
penempatan tersebut. Suruhanjaya juga mencadangkan supaya sekolah-sekolah ini diuruskan
sendiri oleh masyarakat setempat dengan bantuan kewangan dan teknikal oleh agensi yang
berkaitan.
Suruhanjaya telah melawat penempatan masyarakat Kanaq di Kota Tinggi. Kini, hanya terdapat
87 orang yang diklasifikasikan sebagai orang Kanaq dan kebanyakan mereka adalah buta
24