Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Kanak-kanak mengambil bahagian semasa perayaan Deepavali dan Hari Kanak-kanak di SJKT Sg Pelek, Selangor Sepanjang tahun 2014, Suruhanjaya telah melawat 20 buah sekolah yang menjalankan program ATHAM dan berdasarkan pemerhatiannya, masih terdapat masalah dalam pelaksanaan program ini. Contohnya, masih ada pihak pengurusan sekolah yang tidak memahami atau menghayati akan tujuan dan intipati program ini; penyelaras sekolah yang terlalu sibuk dengan kerja mereka hingga menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan program ini; dan perubahan dalam hierarki KPM yang melambatkan pelaksanaan program ini. Pelancaran program ini di Sabah dan Sarawak telah ditunda hingga 2015 berikutan masalah logistik yang dihadapi oleh KPM. (b) Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Susulan sambutan yang amat menggalakkan semasa Bengkel Hak Asasi Manusia untuk Guru Pendidikan Khas (Zon Utara dan Zon Timur) yang diadakan pada tahun 2013, Suruhanjaya telah menganjurkan dua lagi bengkel yang serupa pada tahun 2014, kali ini untuk Zon Selatan dan Zon Tengah, demi meneruskan usahanya dalam mendidik dan menyebarluaskan maklumat berkenaan hak asasi manusia kepada guru pendidikan khas yang mengajar di SPK dan PPKI. Dalam bengkel ini, para peserta telah didedahkan kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak (CRC) dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). Pandangan para peserta telah dirujuk bagi membolehkan Suruhanjaya membuat pengesyoran yang bermakna kepada pihak KPM berkenaan program-program yang berkaitan dengan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (CWLD). Jadual 1: Bengkel Hak Asasi Manusia Untuk Guru SPK/PPKI, 2014 NO ZON NEGERI 1. Selatan Johor, Melaka 2. Tengah Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan TARIKH 22-24 April 27-29 Oktober Sepanjang sesi bengkel, pelbagai isu telah diketengahkan kepada Suruhanjaya, yang mana sebilangannya merupakan isu yang sama bagi kebanyakan sekolah: i. 22 Standard bagi skema soalan dan pemarkahan peperiksaan UPSR untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) adalah sama dengan standard skema untuk murid biasa pendidikan arus perdana, sedangkan skema peperiksaan UPSR untuk murid di SRJK

اختر الفقرة المستهدفة3