Isu-Isu Utama
Banyak kempen telah dijalankan oleh pertubuhan masyarakat sivil di seluruh dunia untuk
memastikan tiada pelanggaran hak asasi manusia oleh sektor perniagaan. Pihak PBB dan
beberapa badan antarabangsa telah merangka pelbagai garis panduan yang berasaskan
piawaian hak asasi manusia untuk entiti perniagaan. Pada masa sekarang, terdapat
peningkatan di kalangan entiti perniagaan yang mengambil kira hak asasi manusia semasa
membuat keputusan berkaitan dengan perniagaan. Syarikat perniagaan yang terkemuka
juga telah menjalankan perancangan dan menggunakan mekanisme antarabangsa untuk
menangani kesan perniagaan mereka terhadap hak asasi manusia, sebagai contoh untuk
menambahbaik kondisi tempat kerja, menghapuskan diskriminasi, menghentikan penggunaan
buruh kanak-kanak dan lain-lain. Dengan menyerapkan aspek hak asasi manusia ke dalam
aktiviti perniagaan mereka, syarikat dan entiti perniagaan dapat melindungi reputasi dan imej
serta meningkatkan produktiviti.
Berpandukan kepada
keberkesanan Pelan Tindakan
Hak Asasi Manusia dan
Perniagaan Nasional tersebut,
pada tahun 2014, Suruhanjaya
dan United Nations Country
Team (UNCT) di Malaysia telah
bekerjasama di dalam satu
projek berkenaan ‘Promoting
Business and Human Rights in
Malaysia for Business Success
and Inclusive Growth’ dengan
tujuan untuk merumus satu
pelan tindakan Hak Asasi
Manusia dan Perniagaan untuk
Malaysia
Suruhanjaya mengambil maklum bahawa di
beberapa negara di dunia, pihak Kerajaan seperti
di United Kingdom, Denmark dan Belanda,
telah memperkenalkan Pelan Tindakan Hak
Asasi Manusia dan Perniagaan Nasional yang
memasukkan prinsip UNGP. Berpandukan kepada
keberkesanan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia
dan Perniagaan Nasional tersebut, pada tahun
2014, Suruhanjaya dan United Nations Country
Team (UNCT) di Malaysia telah bekerjasama di
dalam satu projek berkenaan ‘Promoting Business
and Human Rights in Malaysia for Business
Success and Inclusive Growth’ dengan tujuan
untuk merumus satu pelan tindakan Hak Asasi
Manusia dan Perniagaan untuk Malaysia melalui
penerimapakaian UNGP oleh Kerajaan dan pihakpihak yang terbabit. Projek ini dibiayai oleh FCO
dimulakan pada Julai 2014 dan dijangka akan
tamat pada Mac 2015.
Untuk mendapatkan maklumat di dalam
merangka pelan tindakan tersebut, Suruhanjaya
telah merancang beberapa aktiviti utama bagi
mendapatkan input dan maklumat terkini berkenaan perniagaan dan hak asasi manusia. Aktiviti
ini termasuklah temuduga dan sesi konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti
GLC, badan perundangan, badan penguatkuasa, agensi kerajaan yang berkaitan, dan juga NGO.
Pelan tindakan bagi Hak Asasi Manusia dan Perniagaan ini dijadualkan siap pada tahun 2015.
8. PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)
Pada Oktober 2013, Malaysia telah menjalani penilaian kedua di bawah proses UPR dan
telah menerima sejumlah 232 syor daripada 104 Negara Ahli. Daripada jumlah 232 syor itu,
13