Isu-Isu Utama
ISU-ISU UTAMA
1. LAPORAN INKUIRI NASIONAL MENGENAI HAK TANAH ORANG
ASAL/ASLI (LAPORAN NI)
Tahun ini, Suruhanjaya terus giat mengadakan tindakan susulan dengan pihak berkuasa yang
berkaitan berhubung perkembangan Pasukan Petugas Khas, yang ditubuhkan pada Ogos
2013. Suruhanjaya telah menunda aktiviti susulannya untuk membolehkan Pasukan Petugas
Khas tersebut untuk berbincang dan merangka strategi dalam merumus satu pelan untuk
melaksanakan secara efektif semua syor-syor di dalam Laporan NI demi kepentingan orang
Asal. Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa Laporan Pasukan Petugas ini telah dikemukakan
kepada Menteri pada 10 September tetapi malangnya, sehingga akhir tahun 2014, Suruhanjaya
masih belum menerima sebarang maklumat mengenai laporan tersebut. Suruhanjaya berharap
agar Laporan Pasukan Petugas Khas ini akan menerima dan mengesyorkan pelaksanaan
sebanyak mungkin, jika tidak kesemuanya, cadangan dan syor-syor di dalam Laporan NI
sepertimana yang diperlukan demi kebaikan Orang Asal Malaysia.
2. PELAN TINDAKAN HAK ASASI
MANUSIA NASIONAL (NHRAP)
Suruhanjaya mengalu-alukan keputusan Kerajaan
untuk membangunkan NHRAP yang pertama.
Sejak pengumuman pada 2010, Suruhanjaya
konsisten dalam menyokong dan menggesa agar
pembangunannya dipercepatkan. Pada 2014,
Suruhanjaya telah mengemukakan kertas pandangan
kepada YB Puan Hajah Nancy Shukri, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke
atas NHRAP.
Pengumuman pada 2010,
Suruhanjaya konsisten dalam
menyokong dan menggesa
agar pembangunannya
dipercepatkan. Pada
2014, Suruhanjaya telah
mengemukakan kertas
pandangan kepada YB Puan
Hajah Nancy Shukri, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri
yang bertanggungjawab ke
atas NHRAP.
Kebimbangan utama yang dibangkitkan oleh
Suruhanjaya kepada Kerajaan adalah berkenaan
lima teras utama NHRAP, iaitu hak sivil dan politik;
hak ekonomi, sosial dan kebudayaan; hak golongan rentan; hak Orang Asal; dan obligasi
antarabangsa, yang mana skopnya terlalu luas, dan seterusnya boleh menjadi satu cabaran
kepada Malaysia dalam mencapai kesemua lima Teras mengikut tarikh sasaran. Oleh itu, dalam
membangunkan objektif dan strategi bagi setiap Teras, terdapat keperluan untuk memastikan
bahawa kesemuanya adalah realistik, praktikal dan boleh dicapai. Di samping itu, Kerajaan juga
perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
8